Kita tunggu apa lagi pembangkang nak memekak lepas ini, setelah penyelidikan oleh agensi berita kewangan antarabangsa Bloomberg, menyenaraikan harga minyak di Malaysia, iaitu pada RM7.29 segelen atau RM1.90 seliter yang kelapan paling murah di dunia dan nombor satu di Asia Tenggara.
Ini penyelidikan yang dibiayai oleh mana-mana kerajaan, sebaliknya kajian Bloomberg itu adalah untuk pelanggan-pelanggan mereka di serata dunia buat perbandingan bagi tujuan pelaburan.
Bloomberg yang buat penyelidikan bertajuk ‘Highest & Cheapest Gas Prices by Country’ itu, harga petrol di negara ini dalam dolar Amerika Syarikat (AS) adalah pada AS$2.36 segelen, juga paling murah di Asia Tenggara.
Lebih menarik lagi kajian itu dibuat berdasarkan himpunan profil data daripada Associates for International Research Inc (AIRINC); portal pemantau tenaga Eropah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); dan Energy Information Administration dari Amerika Syarikat (AS).
Bloomberg dalam kajiannya membabitkan 60 negara itu menyenaraikan Venezuela sebagai negara dengan harga petrol paling murah di dunia, diikuti Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran, Nigeria, Malaysia, Mexico dan AS.
Turki disenaraikan sebagai negara dengan harga petrol paling mahal di dunia, diikuti Norway, Belanda, Itali, Portugal, Greece, Sweden, Belgium, Perancis dan Denmark.
Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia berada di tempat ke-11, Thailand (13), Filipina (17) dan Singapura ke-22).
Harga petrol di Singapura dijual pada AS$6.26 atau RM19.43 segelen; Indonesia (AS$3.66 atau RM11.31 segelen); Thailand (AS$4.42 atau RM13.65 segelen); dan Filipina (AS$4.87 atau RM15.05 segelen). Purata 1.17 liter sehari.
Berita selanjutnya sila layari dan KLIK DISINI