Translate

Memaparkan catatan dengan label Asia Tenggara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asia Tenggara. Papar semua catatan

16/02/2013

Syukur... dari ratusan negara, harga minyak Malaysia antara paling murah di dunia

Kita tunggu apa lagi pembangkang nak memekak lepas ini, setelah penyelidikan oleh agensi berita kewangan antarabangsa Bloomberg, menyenaraikan harga minyak di Malaysia, iaitu pada RM7.29 segelen atau RM1.90 seliter yang kelapan paling murah di dunia dan nombor satu di Asia Tenggara.

Ini penyelidikan yang dibiayai oleh mana-mana kerajaan, sebaliknya kajian Bloomberg itu adalah untuk pelanggan-pelanggan mereka di serata dunia buat perbandingan bagi tujuan pelaburan.

05/12/2012

Kesungguhan Kerajaan Memerangi Rasuah

PETALING JAYA, 5 Dis ― Pencapaian Indeks Persepsi Rasuah Malaysia menunjukkan peningkatan pada 2012 dengan berada di tangga ke-54 daripada 176 negara berbanding kedudukan ke-60 daripada 183 negara tahun lalu, kata Transparency International Malaysia (TI-M).
Kedudukan itu juga menunjukkan skor CPI Malaysia pada kedudukan 49 daripada skala 0 hingga 100 berbanding 43 pada 2011.
Malaysia juga kekal menjadi negara ketiga di rantau Asia Tenggara di belakang Brunei (2) dan Singapura (1).
Kedudukan itu menunjukkan Malaysia lebih baik berbanding Thailand yang berada di tangga ke-88, Filipina (105), dan Indonesia (118).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...