Translate

Memaparkan catatan dengan label ETP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ETP. Papar semua catatan

05/12/2012

Kesungguhan Kerajaan Memerangi Rasuah

PETALING JAYA, 5 Dis ― Pencapaian Indeks Persepsi Rasuah Malaysia menunjukkan peningkatan pada 2012 dengan berada di tangga ke-54 daripada 176 negara berbanding kedudukan ke-60 daripada 183 negara tahun lalu, kata Transparency International Malaysia (TI-M).
Kedudukan itu juga menunjukkan skor CPI Malaysia pada kedudukan 49 daripada skala 0 hingga 100 berbanding 43 pada 2011.
Malaysia juga kekal menjadi negara ketiga di rantau Asia Tenggara di belakang Brunei (2) dan Singapura (1).
Kedudukan itu menunjukkan Malaysia lebih baik berbanding Thailand yang berada di tangga ke-88, Filipina (105), dan Indonesia (118).

31/08/2012

Kemerdekaan Negara Utuh Atas Teras Permuafakatan - Najib

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemerdekaan yang dicapai negara sejak 55 tahun lepas akan terus utuh atas teras permuafakatan dan kerjasama daripada semua pihak.

Perpaduan nasional yang bertunjangkan kepelbagaian akan kekal menjadi tiang seri kekuatan nasional, katanya dalam perutusan Hari Kebangsaan yang ke-55 yang disiarkan di RTM di sini Khamis malam.

Najib berkata selama 55 tahun, "kita berjaya melangkau jangkaan serta telahan yang dibuat pelbagai pihak, termasuk di kalangan warganegara sendiri, dan terbukti, ramalan kononnya apa yang dimenangi bapa-bapa pengasas negara secara aman serta bijaksana tidak akan mampu dikekalkan apatah lagi ditambah baik," adalah meleset sama sekali.

"Jelasnya, dari satu titik ke satu titik, kita telah berjaya membawa kebebasan dan keamanan kepada sebuah negara yang dahulunya terjajah dan terancam," kata Perdana Menteri.

17/07/2012

Jangan tertipu maklumat di internet

Dalam dunia kemajuan teknologi maklumat semua pihak terutama pelajar lepasan kolej diseru agar lebih berhati-hati menilai maklumat yang mereka perolehi melalui internet samada ianya benar atau tidak benar.

Pengerusi Kolej Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan para graduan tidak seharusnya tertipu dengan maklumat yang tidak benar serta mengelirukan dalam dunia internet.

Syed Ali berkata demikian ketika berucap di majlis Konvokesyen Kolej YPC di Cheras, pada Ahad dimana 111 orang pelajar menerima diploma sempena majlis tersebut.

Kata Syed Ali, “kejayaan yang telah dicapai pada hari ini adalah merupakan langkah awal kepada perjalanan yang lebih penting. Saya amat berharap para pelajar akan mengambil inisiatif untuk menilai apa juga informasi yang kita lihat dalam internet.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...