Translate

06/02/2013

DAP Tidak Ikhlas Bertahaluf Dengan PAS dan perlu bertegas

Tok Guru barua LGE
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata DAP sudah jelas mencabuli dasar hormat-menghormati yang dijalin melalui 'tahaluf siyasi' apabila ia secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan PAS.
Tahaluf siyasi bermaksud kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama.
Beliau berpendapat tindakan itu adalah satu sikap yang tidak menghormati semangat kesepakatan antara parti yang sekaligus menandakan mereka tidak ikhlas dalam bertahaluf dengan PAS.
"Tahaluf siyasi yang disepakati oleh PAS pada peringkat awal tertubuhnya pakatan pembangkang bersetuju untuk menghormati dasar parti masing-masing," katanya dalam lintas langsung eksklusif melalui BH Online bertajuk 'Mengupas Kemelut Dalaman PAS' pada Selasa.
"Tetapi kelihatan mutakhir ini, dasar hormat-menghormati ini sudah tercabar dengan DAP secara khususnya secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan PAS," katanya.
Menjawab pertanyaan faktor yang menyebabkan PAS telah keluar dari landasan perjuangannya, Nasharudin berkata mungkin keadaan itu berlaku kerana tuntutan politik semasa yang kelihatan begitu mendesak bagi PAS meraikan tuntutan berkenaan.
"Akibatnya, kelihatan beberapa pendirian dan dasar PAS terpaksa diolah mengikut kehendak itu yang mengakibatkan persepsi yang timbul adalah PAS lari daripada landasan perjuangannya," katanya yang sedang menerima rawatan fisioterapi sakit belakang dan berkaitan saraf di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...