Translate

Memaparkan catatan dengan label AS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AS. Papar semua catatan

04/02/2013

Mengapa Anwar Takut Sangat Kepada TUN MAHATHIR !!!


Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. 
Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.
Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.

16/09/2012

AS tahan lelaki disyaki terbit filem hina Nabi

Nakoula Basseley Nakoula
LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan protes mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.
Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses kepada Internet.
Nakoula, 55, dilaporkan telah menafikan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims - KLIK DISINI

27/08/2011

Darurat di New York, tiga negeri AS - Taufan IRENE

Image Detail

NEW YORK: Gabenor New York, Andrew Cuomo, mengisytiharkan darurat di seluruh negeri itu ketika ratusan ribu penduduk diarah meninggalkan kediaman masing-masing sebagai persediaan berdepan impak Taufan Irene. “Saya menyarankan penduduk New York supaya bersedia menghadapi taufan dan bekerjasama dengan pegawai kecemasan. Dengan bekerjasama, kita akan dapat berdepan taufan ini dalam keadaan tenang dan terancang,” katanya. Darurat juga diisytiharkan di Carolina Utara, Virginia dan New Jersey. Di Cape May, New Jersey, seramai 750,000 penduduk diarah berpindah tengah malam kelmarin. 

30/04/2011

AMERIKA YAKIN DENGAN MAHKAMAH MALAYSIA !! KES MR Y TELUS !!

Kenyataan Duta AS, ,Paul W Jones bahawa Malaysia berada dilandasan terbaik dan tepat dalam mengendalikan kes liwat Anwar Ibrahim pasti menggusarkan pihak pembangkang. 

Beliau yang telah berada tujuh bulan di Malaysia mengikuti perkembangan kes tersebut atas arahan Setiausaha Negara Hillary Clinton, berpuas hati dengan tatacara dan perjalanan kes liwat. Paul W Jones dipertanggungjawabkan untuk melaporkan perjalanan kes Anwar Ibrahim ke Washington D.C.

"Kami percaya cara kes tersebut dikendalikan boleh meningkatkan keyakinan terhadap perundangan di Malaysia dari aspek ketelusan dan keterbukaannya" kata beliau.

Tambah beliau lagi "Kami mengikutinya dan yakin ia akan dijalankan untuk mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap kedaulatan undang undang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...