Translate

Memaparkan catatan dengan label Filem Innocense of Muslims. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem Innocense of Muslims. Papar semua catatan

28/09/2012

The Wall Street Journal (WSJ) memuji kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

image

Najib dipuji berhubung pendirian filem anti-Islam

KUALA LUMPUR: The Wall Street Journal (WSJ) memuji kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyeru supaya umat Islam bertindak secara aman dan tidak memilih keganasan sebagai respons terhadap filem anti-Islam dan juga karikatur yang memfitnah dan menghina Nabi Muhammad S.A.W. KLIK DISINI

Dalam satu artikel, WSJ menyebut bahawa rusuhan di dunia Islam baru-baru ini menunjukkan bahawa perkataan boleh menimbulkan huru hara apabila diucapkan oleh mereka yang berkuasa bagi menghasut kepada keganasan. 

26/09/2012

PAS Perak tetap sokong DAP walaupun hina Islam

nizar ngeh
Agak menggelikan hati apabila beberapa pemimpin PAS baru-baru ini tampil mempertahankan pemimpin DAP Perak, Ngeh Kor Ham, yang telah menghina Rasulullah SAW dan Islam di laman sosial twitter baru-baru ini.

Kenyataan Ngeh itu jelas mengguris hati ramai pihak, khususnya umat Islam di Malaysia yang menyifatkan kenyataan tersebut merupakan bukti kukuh bahawa DAP sememangnya sebuah parti yang anti-Islam.

Bagaimanapun, ada juga pemimpin PAS yang masih waras seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan PAS Johor yang marahkan kebiadapan Ngeh tersebut meskipun dia telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

22/09/2012

Polis perlu buka kertas siasatan kenyataan Ngeh

PADANG RENGAS: Polis perlu membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham di laman twitternya yang mempersoal tindakan umat Islam membantah filem 'Innocence Of Muslims', kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz. 

Beliau berkata, tindakan Ngeh itu menimbulkan kemarahan umat Islam yang memprotes filem ternyata menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW. 

"Banyak pihak membuat laporan polis berhubung perkara itu dan berharap polis akan menyiasat perkara itu. 

21/09/2012

Ngeh patut dipecat kerana terlalu kurang ajar dan biadap

 Himpunan Aman Umno mahu DAP pecat Ngeh
KUALA LUMPUR -  Himpunan aman anjuran Pemuda Umno hari ini mengecam tindakan menghina agama oleh pemimpin-pemimpin politik di Malaysia sambil menggesa DAP memecat Datuk Ngeh Koo Ham.

Koo Kam kini merupakan Pengerusi DAP Perak. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri Setiawan.

Pengerusi Kelab 1Malaysia, Datuk Azeez Rahman mengutuk keras tindakan Khoo Ham, yang didakwa menghina perhimpunan diadakan oleh umat Islam.

Menurutnya, kenyataan Koo Ham awal minggu ini menerusi Twitter perlu dikenakan tindakan tegas dan dikeluarkan dari DAP.

DAP bimbang penyatuan UMNO-PAS

IPOH 19 Sept. - Kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang secara terbuka mempersoalkan protes umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims adalah manifestasi kebimbangan parti itu terhadap sebarang usaha yang memungkinkan penyatuan UMNO dan Pas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, hakikat itu jelas kerana kenyataan Koo Ham tersebut merujuk kepada hasrat Pemuda UMNO bergabung dengan Dewan Pemuda Pas dalam perhimpunan membantah pembikinan filem tersebut Jumaat ini.

Nik Aziz sokong Pemuda UMNO, Pemuda Pas bergabung anjur protes

KOTA BHARU 19 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong hasrat Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda Pas bersama-sama mengadakan protes membantah filem anti-Islam, Innocence of Muslims.

Pada masa sama, beliau berharap bantahan itu turut disusuli tindakan yang boleh memberi pengajaran kepada pihak yang melakukan penghinaan tersebut.

"Orang Islam khususnya dan orang Melayu umumnya perlu berbuat sesuatu supaya pihak yang melakukan penghinaan ini sedar, jika tidak perkara ini akan membawa kepada perkara lain dan akhir sekali pembunuhan seperti terjadi di Tunisia.

Filem hina Islam: Pelakon saman penerbit filem

LOS ANGELES: Pelakon wanita di dalam filem anti-Islam yang mencetuskan bantahan di seluruh negara Islam hari ini menyaman penerbit filem terbabit, atas dakwaan penerbit itu menipunya apabila memberitahu filem berkenaan adalah berkisar mengenai Mesir purba. 

Cindy Lee Garcia adalah antara tiga pelakon wanita dalam filem itu yang tampil ke hadapan dengan tuduhan sama sejak meletusnya keganasan di negara Islam Timur Tengah, Afrika dan Asia minggu lalu. 

Garcia memfailkan saman di mahkamah Los Angeles atas dakwaan pencerobohan privasi, penipuan, fitnah dan dengan sengaja memberi tekanan emosi. 

16/09/2012

AS tahan lelaki disyaki terbit filem hina Nabi

Nakoula Basseley Nakoula
LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan protes mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.
Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses kepada Internet.
Nakoula, 55, dilaporkan telah menafikan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims - KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...