Kejayaan merampas
semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan
Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British.
Semuanya bermula pada
11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam
Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.
Carcosa Seri Negara
kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di
Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.
Satu lagi kisah yang
wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan
Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim dan parti-parti
pembangkang Malaysia seperti DAP.
PETRONAS merupakan
antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan.
Malah PETRONAS
sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di
negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika
Syarikat.
Dan semuanya merujuk
kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika
Syarikat.
Bagaimana boleh jadi
begitu?
Tahun 1988,
apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat,
khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali
minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan
kepakaran sendiri.
Amerika Syarikat
membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat
kajian selama tiga bulan.
Atas helah Zionis dan
bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi
Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak
mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.
Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika
Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak
dicampuri oleh negara-negara lain.
Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas
arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan
kajian.
Hasil daripada kajian
yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara
yang terbesar di dunia.
pabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat
membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan.
Isyaratnya ialah,
seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah
mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat. - bersambung...
Sumber: srikinta