Translate

04/02/2013

Isu Kalimah : Salah UMNO, Hadi Awang Buktikan Dirinya 'Munafik'


Akibat terlalu lama bersahabat dengan 'syaitan', akhirnya Hadi Awang memilih jalan untuk menjadi manusia paling 'munafik' di penghujung karier politiknya.

Setelah tersepit sekian lama dan tiada jalan keluar dalam polimek isu kalimah Allah ini, Hadi Awang menggunakan pendekatan yang sering digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk lari dari masalah yang membelenggu dengan menyalahkan pihak lain. Pihak itu tentunya  ialah UMNO.

Menyalahkan UMNO dalam apa jua isu atau pergolakkan yang melanda parti komponen dalam Pakatan Pembangkang seperti sudah menjadi perkara lazim bagi mereka. Para pemimpin Pembangkang ini tidak pernah sekali pun mengakui kesilapan  yang telah dilakukan apabila timbul kekeliruan di kalangan masyarakat.

Seperti yang kita sedia maklum, cadangan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan sempena sambutan Hari Natal lalu.

Sepatutnya, Hadi Awang perlu mendesak Lim Guan Eng memberi penjelsan dan menarik semula kenyataan yang pernah dibuatnya sebelum ini dalam isu pengunaan kalimah Allah oleh pihak gereja dalam buku bible terbitan bahasa Melayu.

Sebagai seorang tokoh politik yang berimejkan serban dan jubah, tindakkan menuding jari kepada pihak lain apabila masalah menimpa diri bukanlah satu sikap yang terpuji. Adalah lebih mulia dan bermaruah jika Hadi Awang mengakui kesilapanya dan memohon maaf kepada rakyat dan umat islam di atas segala kekeliruan ini.

Masih belum terlambat untuk Hadi Awang memperbetulkan keadaan. Isu kalimah Allah ini hanya akan selesai jika Hadi Awang selaku Presiden PAS mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi menyatakan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah dengan menjadikan keputusan Majlis Syura Ulama yang telah dibuat sebelum ini sebagai panduan.

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa isu kalimah ALLAH yang menjadi pertikaian mutakhir ini adalah mainan politik Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Ini kerja Umno. Mengaku Islam... bawa isu kalimah ALLAH musim pilihan raya. Nak pancing undi guna kalimah ALLAH," katanya ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Perdana Ummah bersama Pas di sebuah hotel dekat ibu negara, hari ini - Sinar Harian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...