Translate

Memaparkan catatan dengan label Saiful Bukhari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saiful Bukhari. Papar semua catatan

08/03/2013

BAPA SAIFUL DILIWAT OLEH ANWAR KERANA TERDESAK MASALAH KEWANGAN??

Ini pesanan masej yang disampaikan oleh Saiful Bukhari tengahari tadi "Bapak dipergunakan, saya tetap istiqamah dan tidak sesekali berganjak dan juga tidak mahu melatah... Salam buat rakan-rakan lain..."

Saiful juga berkata beliau akan membuat tindakan selanjutnya...

Berita mengejut diterima apabila bapa Saiful, Azlan Lazim membuat sidang media 'korner baring' yang mendakwa anaknya telah dipergunakan untuk kenakan Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.

24/02/2013

Kes Liwat: Mahkamah Dengar Rayuan Pada 22 Julai Ini


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Tarikh rayuan tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, N. Kanageswari semasa pengurusan kes tersebut di hadapan beliau pada Jumaat.
Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili oleh peguam Zaleha Al-Hayat.

13/09/2012

Anwar tarik balik saman terhadap Saiful


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik samannya terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana berniat jahat dengan membuat laporan polis bahawa beliau meliwat Mohd Saiful. 

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membatalkan saman itu di dalam kamar semasa kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.

Peguam Ranjit Singh mewakili Anwar manakala peguam Zamri Idrus bagi pihak Mohd Saiful. 

Ranjit memberitahu pemberita, Anwar menarik balik saman itu atas asas bahawa reputasi beliau telah dijustifikasikan dengan pembebasannya daripada pertuduhan meliwat itu. 

12/07/2012

ANWAR TETAP DIPENJARAKAN DAN DIDAPATI BERSALAH ???

Pihak pendakwa beri 10 alasan untuk Mahkamah Rayuan sabitkan Anwar tuduhan meliwat.


KEMASKINI:Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan agar mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pihak pendakwaan juga memohon supaya Ketua Pembangkang itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu.
Katanya, ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang mendengar perbicaraan kes liwat itu terkhilaf dalam memutuskan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.

11/07/2012

KARIER POLITIK ANWAR KIAN BERAKHIR DAN PENJARA SUNGAI BULOH MENUNGGU ???

Kes liwat Saiful: Pendakwa raya fail petisyen rayuan

PUTRAJAYA 10 Julai - Jabatan Peguam Negara telah memfailkan petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Petisyen tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman di sini pada petang semalam setelah pihak pendakwaan berpuas hati bahawa terdapat alasan munasabah untuk mengemukakan rayuan berkenaan, menurut Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md. Said. - UTUSAN

22/02/2012

JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT - ATUR ISU PERDEBATAN (Anuar Ibrahim)

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak cadangan agar diadakan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak ada apa yang perlu untuk didebatkan.
Sebaliknya, Tengku Adnan menawarkan diri untuk mengaturkan satu debat dengan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...