Translate

12/07/2012

ANWAR TETAP DIPENJARAKAN DAN DIDAPATI BERSALAH ???

Pihak pendakwa beri 10 alasan untuk Mahkamah Rayuan sabitkan Anwar tuduhan meliwat.


KEMASKINI:Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan agar mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pihak pendakwaan juga memohon supaya Ketua Pembangkang itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu.
Katanya, ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang mendengar perbicaraan kes liwat itu terkhilaf dalam memutuskan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.
Pihak pendakwaan berkata, Mohamad Zabidin sudah membuat penemuan di akhir kes pendakwaan bahawa "male Y" yang diperolehi dari profil DNA yang dianalisis oleh ahli kimia, Dr Seah Lee Hong adalah dari 'semen extract' (ekstrak air mani) yang mana berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel yang diambil dari lokap yang dihuni dan digunakan oleh Anwar.
Ini adalah antara alasan pihak pendakwaan dalam petisyen rayuan yang difailkan petang Isnin lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful.
Dalam petisyen itu pihak pendakwaan mengemukakan 10 alasan.
Pihak pendakwaan berkata, Mohamad Zabidin di akhir kes pendakwaan juga sudah memutuskan bahawa tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat, DSP Blacious Judy Pereira, menggunakan sampel-sampel DNA yang diperolehi dari sel lokap itu untuk mengusik sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful.
Ia juga menyatakan bahawa hakim sudah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dari manakah pegawai penyiasat itu dapat memperolehi sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh Anwar yang diambil dari lokap itu.
Artikel selanjutnya sila KLIK DISINI SEGERA DAN BACA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...