Translate

13/02/2013

PANAS !!!! ADUN Sura Kaut RM300 Ribu Hasil Balak?

Bila ADUN Pas Sura mahu umumkan bahawa sebuah kem tentera siap dibina di Mukim Kumpal, Dungun bagi mengukuhkan kedudukan BN dengan undi pos?
Menjadi kebiasaan pemimpin Pas, projek pembinaan kem tentera atau perumahan polis dibantah atas pelbagai alasan kerana bimbang undi pos tidak memihak kepada parti mereka.
Era pemerintahan Pas di Terengganu (1999-2004), cadangan pembinaan kem tentera di Kumpal, Dungun tidak menjadi masalah kerana projek itu sedikit sebanyak memakmurkan ekonomi kroni-kroni Pas.
Persoalannya, wujud atau tidak kem tentera di Mukim Kumpal, Dungun?
Kroni Pas, Sama Laya Jaya Enterprise disokong permohonannya untuk mengaut kayu balak di kawasan seluas 300 hektar oleh Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang juga EXCO Kerajaan Terengganu ketika itu.
Wan Hassan yang sekali lagi memenangi kerusi DUN Sura pada PRU ke-12 (2008) dipercayai memperolehi RM300 ribu, hasil daripada penjualan balak berkenaan yang sebahagian besarnya disalur kepada Pas Kawasan Dungun dan Pusat Khidmat ADUN Sura.
Kenapa hasil balak mesti disalur kepada Pas, tidak kepada rakyat?
Turut memberi sokongan, Menteri Besar ketika itu, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas dan EXCO Kanan Kerajaan Terengganu, Dato’ Mustafa Ali, merangkap Ahli Parlimen Dungun.
Pas pasti akan berkata, pendedahan ini adalah fitnah!
Sumber:terengganutoday

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...