Siapa Virus Anwarinas Di UM ?
Baru-baru ini kami mendapat email
dari seorang mahasiswa UM yang memaklumkan kepada kami mengenai
‘petualang-petualang’ yang menyebabkan terjadinya insiden rempuhan di
Universiti Malaya baru-baru ini.
Berikut adalah petualang sebenar dalam insiden di UM baru-baru
ini. Secara ringkasnya ada beberapa nama, pertama pegawai khas NC, Mohd Naufal Omar (Sumber), seorang pro-pembangkang, yang memberi nasihat supaya pihak keselamatan UM
melakukan tindakan tutup pagar dan tutup lampu. Ini semua dilakukan bagi
menggambarkan kepada pihak luar, bahawa UM mendapat tekanan dari pihak
kementerian. Sebab pada akhirnya, mereka buka lampu.