Translate

24/10/2014

'BATU API' PKR MERAIH SIMPATI !!!


Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali lebih suka Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara, lapor Malaysia Gazette yang memetik kata-kata CheguBard (Sumber) dalam sidang media hari ini.
CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Saharin dilaporkan Malaysia Gazette berkata jika Anwar kembali dipenjarakan, pada saat itu Azmin akan merampas pucuk pimpinan PKR.
Aktivis PKR yang kini digantung parti, Chegu Bard mendakwa Azmin sudah bersedia untuk itu termasuk menyediakan kader-kadernya dipelbagai jawatan parti wakil di negeri-negeri.

Beliau mendakwa jika ia berlaku, CheguBard tidak menolak kemungkinan berlaku ‘pembunuhan politik’ beramai-ramai dalam PKR oleh kartel yang diketuai Azmin.
“Bukanlah rahsia Timbalan Presiden PKR (Azmin) sedang memperkukuhkan kedudukan bagi mengambil alih parti dan hanya menanti keputusan kes memenjarakan Anwar.
“Orang-orangnya disusun dari peringkat tinggi hingga ke peringkat cabang. Ramai dalam parti sudah sedar bagaimana dia menyasarkan kerusi presiden dalam pemilihan lepas dan hanya berundur setelah Anwar sendiri turut menghantar borang pencalonan.
“Bayangkan jika keputusan membebaskan Anwar maka ia seolah-olah anti klimaks kepada kartel Azmin ini,” ujarnya.
Menurutnya, ‘pembunuhan’ beramai-ramai itu tidak mustahil dilakukan Azmin sekiranya dilihat pada kelicikannya melobi jawatan Menteri Besar Selangor sehingga meminggirkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...