Pemilihan tarikh mesyuarat Majlis Presiden Pakatan
Rakyat (PR) yang dijadualkan pada Isnin depan, 27 Oktober dilihat sebagai usaha
mensabotaj (Sumber) kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Meyuarat PR yang bakal diadakan
di bangunan parlimen, Kuala Lumpur, memilih tarikh sehari sebelum Ketua
pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi perbicaraan kes liwatnya di
Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
Menurut The Malaysian Insider,
berkemungkinan besar, Presiden PAS tidak dapat menyertai mesyuarat itu kerana
beliau akan berada di Kuala Terengganu keesokan harinya, 28 Oktober, bagi
menyertai satu perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
“Saya rasa Tok Guru tidak akan ke
Kuala Lumpur, kerana esoknya dia ada bicara di Kuala Terengganu,” kata sumber
yang rapat dengan beliau, lapor portal itu.
Abdul Hadi dijangka akan memberi
keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada tarikh tersebut susulan
saman bekas calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, terhadapnya berkaitan
dengan isu pil kuda.
Menurut The Malaysian Insider,
Abdul Hadi tidak pernah menyertai mesyuarat PR sejak lebih setahun lalu.
“Ketika ini Hadi masih berada di
London. Beliau berlepas ke sana 14 Oktober lalu bersama beberapa ustaz bagi
menyertai program di sana ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentang
Bajet 2015 Jumaat lepas.
“Tindakan beliau tidak menyertai
sidang yang dianggap paling penting sebagai seorang ahli Parlimen itu dikritik
hebat pelbagai pihak, khasnya pengguna media sosial.
“Beliau disifatkan sebagai
‘ponteng’ tugasannya sebagai Ahli Parlimen yang dipilih pengundi kawasannya di
Marang,” lapor portal itu lagi.