JOHOR BHARU: Persiapan terakhir giat dilakukan
menjelang perkahwinan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim
dengan Cik Khaleeda Bustamam.
Bendera negeri mula
dipasang di sepanjang jalan-jalan utama di antara Istana Pasir Pelangi, Istana
Besar dan Istana Bukit Serene, yang akan menjadi lokasi majlis akad nikad pada
Jumaat ini.
Selain bendera negeri,
turut dihiasi dengan cahaya lampu serta beberapa hiasan lain di sepanjang jalan
menuju ke tempat majlis.
Sementara itu, majlis
akad nikah akan dilangsungkan secara tertutup yang hanya akan dihadiri oleh
keluarga kedua-dua belah pengantin sahaja.
Majlis tahlil dan doa
selamat akan berlangsung pada Khamis, bakal dihadiri dengan tetamu-tetamu
jemputan di Masjid Sultan Abu Bakar.
Khemah besar dalam proses
untuk dipasang di Istana Besar bagi majlis resepsi pada 8 November (Sumber) ini yang dijangka
dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat.
Antara tetamu-tetamu
kehormat yang akan menghadiri istiadat itu termasuk Sultan Brunei, Sultan
Pahang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri Singapura
serta barisan exco dan anggota Dewan Undangan Negeri Johor.
Yang Dipertua Jumaah
Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, pihak majlis menghargai
persiapan perkahwinan ini yang disediakan oleh kerajaan negeri.
"Semuanya berjalan
lancar dan mengikut perancangan yang dibuat," katanya ketika dihubungi The
Star pada Rabu.
Beliau juga berkata,
rakyat dibenarkan untuk berhimpun di sepanjang jalan Istana Besar untuk melihat
pengantin diraja yang akan menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit
Serene ke Istana Besar bagi majlis resepsi pada pukul 8.30 malam.
"Bagaimanapun, untuk
keselamatan, hanya tetamu-tetamu jemputan sahaja yang dibenarkan memasuki
Istana Besar, namun sebuah skrin besar akan dipasang di Dataran Bandaraya,
Johor Bharu untuk disaksikan orang awam," tambahnya.
Tunku Mahkota Johor
diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu dan merupakan putera sulung
daripada enam adik-beradik kepada Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia.