Translate

12/10/2014

BALAK DAN BALE YANG DITIMPA keatas PAS KETIKA INI ???


Padah Samakan Khalifah Umar Dengan Guan Eng


KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pemuda PAS, Hafiz Nordin menyatakan gelaran Khalifah (Klik) Umar Abdul Aziz yang diberikan oleh PAS kepada Lim Guan Eng tidak wajar dan seolah-olah mempersenda tokoh pemimpin Islam itu.
Katanya, Khalifah Umar Abdul Aziz dan Lim Guan Eng merupakan dua individu yang amat berbeza dari segi watak dan keperibadian, bagai langit dengan bumi.

“Umar Abdul Aziz adalah tokoh besar kepimpinan Islam yang mempunyai keperibadian yang amat tinggi dari segi ketaatannya kepada Allah. Beliau juga merupakan cucu kepada Saidina Umar Al Khattab, salah seorang empat khalifah tersohor di dalam sejarah Islam.
APABILA tercetus satu demi satu kontroversi melibatkan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, kita tidak boleh melupakan bahawa Setiausaha Agung DAP itu pernah menyatakan ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz (Klik) - khalifah Islam yang paling agung.

Lim Guan Eng dengan Umar Abdul Aziz tidak sama langsung. Ini pemimpin dalam sejarah Islam yang disepakati dia yang dimaksudkan di dalam hadis Nabi,

إَنَّ اللهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِيْنَهَا
“Sesungguhnya Allah akan mengutuskan bagi umat ini di atas kepala setiap seratus tahun, orang yang membawa tajdid (pembaharuan) bagi umat ini pada agamanya.” (Hadis sahih riwayat Imam Abu Daud no. 4291 dari Abu Hurairah (Klik)

Mujaddid yang disepakati oleh para ahli ilmu di zaman itu adalah Umar bin Abdul Aziz. Adakah Lim Guan Eng Mujaddid? La hawla wala quwwata illa billaah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...