Selasa, 14 Oktober 2014

PELAJAR SEKOLAH DIPERDAYA KUMPULAN MILITAN ISLAM (IS)


KUALA LUMPUR - Usaha merekrut gadis Malaysia menyertai kumpulan militan di negara bergolak Syria yang kononnya atas dasar jihad, semakin agresif apabila ia turut dikesan cuba merekrut pelajar sekolah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mendedahkan perkara itu berkata individu yang giat menjalankan kegiatan itu hanya melalui Facebook (Klik) menyasarkan golongan ini memandangkan mereka lebih mudah terpedaya.


"Trend rekrut melalui Facebook amat membimbangkan dengan menyasarkan usia antara 15 dan 30 tahun ... kita ada kesan pelajar sekolah menengah juga cenderung untuk berjihad dan dipujuk melalui Facebook.

"Selain pelajar sekolah, penuntut IPTA/IPTS yang biasanya mempunyai masalah dalam pengajian dan masalah keluarga turut menjadi sasaran...pekerja swasta dan kerajaan termasuk ahli perniagaan juga dipujuk untuk sama-sama berjihad," katanya ketika dihubungi Bernama.

Ayob Khan berkata, terdapat tiga kumpulan militan yang disertai rakyat Malaysia di Syria iaitu Islamic State (IS), Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...