Rabu, 15 Oktober 2014

Kaki mengucar kacirkan negara timbul semula ?

Keputusan Putrajaya menghalang masuk sarjana Indonesia, Dr Ulil Abshar Abdalla menghadiri sebuah perbincangan meja bulat diselar pengkritik sebagai memandang rendah masyarakat Islam di Malaysia.
Menurut Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Ahmad Farouk Musa, yang menganjurkan forum tersebut, kerajaan tidak konsisten dalam membudayakan konsep kesederhanaan apabila menghalang Ulil masuk ke Malaysia bercakap tentang bahaya fundamentalisme agama.
Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim, menggelar kerajaan “fundamentalis” dan berkata apa yang berlaku adalah contoh terbaru Malaysia berubah menjadi ekstrimis.

Zaid menggesa negara Komanwel berhenti bersikap “sopan” terhadap Malaysia supaya pemimpin negara lebih bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan.
"Kerajaan fikir kami tidak ada minda sendiri dan perlu dibimbing apa yang perlu didengar, apa yang perlu dibaca dan apa yang perlu difikirkan. Apa yang lebih bersifat menghina dari itu?" kata Farouk kepada The Malaysian Insider.
"Seperti kata Ulil melalui akaun Twitternya, kerajaan boleh halang beliau masuk ke negara ini, tetapi perkembangan idea Islam progresif tidak bolehdihentikan (Klik)."
Menurut Farouk, Putrajaya hanya takut kepada bayang-bayang sendiri dan perlu sedar percambahan idea tidak boleh dihalang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...