Translate

21/10/2014

Ustaz Azhar Idrus bela anjing ???

Nukilan penulis:
“Program pegang anjing ini seperti ada agenda asing. Mula-mula pegang anjing, lepas ni pegang babi pula. Rosak anak orang Melayu,” begitulah komen ramai orang Melayu yang saya dengar secara langsung atau baca di laman-laman media sosial berkenaan dengan program anjuran Syed Azmi ini.
Kawan oii, sedarlah tiada siapa yang mahu menjatuhkan kita kerana kita memang sudah lama tersungkur rebah di bumi sendiri. Musuh sekarang cuma mentertawakan kita dek kerana kedegilan kita yang tidak mahu bangun dan bangkit merubah pemikiran menurut acuan Islam.
Ingat pesanan khalifah Islam yang mulia Saidina Umar ibnu al-Khattab, “Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam.” Cumanya, untuk masyarakat yang majoritinya Islam baka (Klik), saya rasa saya harus sertakan pesanan tersebut dengan klosa “sekiranya kita mengamalkan Islam dalam kehidupan kita secara total.”
Kita tidak dimuliakan hanya sekadar nama kita bernada arab dan ada “bin” atau “binti”. Kita dimuliakan Allah apabila kita bersungguh-sungguh untuk mempelajari, memahami, dan mengamalkan agama ini berdasarkan al-Quran dan Sunnah.
Memang benar isu anjing adalah isu khilafiyyah. Tetapi, isu ini mendedahkan pekung kita yang masih jahil agama (Klik) dan terbelenggu dengan penyakit-penyakit pemikiran yang sempit dan yang hakikatnya tidak Islami.     
Saya amat berharap pihak penguasa dapat melihat isu ini bukan sekadar daripada sudut hukum fiqah dan sensitiviti orang Melayu semata-mata, tetapi sudut dakwah (Klik)  dan pembangunan agama dalam masyarakat Melayu sendiri.
Tahniah saya ucapkan kepada saudara Syed Azmi menempah pentas untuk untuk masyarakat Islam tampil menampakkan keindahan Islam, keluasan dan kebijaksanaan syariah. Semoga Allah menganjari kebaikan anda dan mengampunkan kekurangan dan kekhilafan anda dalam usaha anda yang #tamakpahala. – 21 Oktober, 2014. 
Sama-sama lah kita fikirkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...