Jumaat, 31 Oktober 2014

VIRUS "KY" SANGAT MERBAHAYA MENULAR DI UM ??

Siapa Virus Anwarinas Di UM ?
Baru-baru ini kami mendapat email dari seorang mahasiswa UM yang memaklumkan kepada kami mengenai ‘petualang-petualang’ yang menyebabkan terjadinya insiden rempuhan di Universiti Malaya baru-baru ini.

Berikut adalah petualang sebenar dalam insiden di UM baru-baru ini. Secara ringkasnya ada beberapa nama, pertama pegawai khas NC, Mohd Naufal Omar (Sumber), seorang pro-pembangkang, yang memberi nasihat supaya pihak keselamatan UM melakukan tindakan tutup pagar dan tutup lampu. Ini semua dilakukan bagi menggambarkan kepada pihak luar, bahawa UM mendapat tekanan dari pihak kementerian. Sebab pada akhirnya, mereka buka lampu.

Khamis, 30 Oktober 2014

ANWAR DILANTIK PENGARAH BARU SYARIKAT 'KY JELLY' SEDUNIA ???



Mesej Di Sebalik Hujah KY Jelly
AIDCNews – 29/10/14 – Blog GA berpendapat hujah yang digunakan peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, ketua peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan semalam mempunyai mesej tersirat iaitu berlaku hubungan seks secara suka sama suka (consensual sex).

“Galeri awam di mahkamah tadi (semalam) cukup susah nak terima hakikat pernyataan wakil Anwar apabila kerap kali mengatakan – consensual sex sememangnya berlaku. Ini yang cukup susah nak diterima.

Rabu, 29 Oktober 2014

DAH ADA CALON BARU KOT ???


KUALA LUMPUR: Suami kepada Nurul Izzah Anwar enggan menceraikan isterinya yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai kerana masih menyayanginya dan ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.

Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas kesnya disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah di sini, Ab Malek Awang.

"Saya tidak bersetuju menceraikan isteri kerana masih sayangkannya dan anak-anak," katanya yang kelihatan sugul selepas prosiding itu.

Prosiding kes itu yang berlangsung dalam masa 40 minit turut dihadiri isterinya, Nurul Izzah.

Terdahulu, peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir memaklumkan, Hakim Syarie Ab Malek hari ini mensabitkan wujudnya 'Shiqaq' atau perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan itu berdasarkan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).


Isnin, 27 Oktober 2014

KURSUS MARSHAL PATUT DIHENTIKAN SEGERA ?


KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak, termasuk anggota pihak berkuasa tempatan, yang bertindak menjalankan tanggungjawab mengawal keadaan trafik tanpa kebenaran dan kehadiran polis trafik.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka (individu dan jabatan - Sumber) melakukan penugasan marshal di jalan raya tanpa kehadiran anggota polis trafik.
Pihaknya memandang serius terhadap tindakan individu atau badan-badan tertentu yang kini bertindak menjadi pengiring (marshal) dalam konvoi kenderaan tanpa kebenaran daripada PDRM, katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Ahad, 26 Oktober 2014

KEJAHILAN SYEIKH ABDUL HADI TERBONGKAR DAN 'SELFIE' TERAKHIR UNTUK 'THREE STOGES ?


Pemilihan tarikh mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan pada Isnin depan, 27 Oktober dilihat sebagai usaha mensabotaj (Sumber)  kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Meyuarat PR yang bakal diadakan di bangunan parlimen, Kuala Lumpur, memilih tarikh sehari sebelum Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
Menurut The Malaysian Insider, berkemungkinan besar, Presiden PAS tidak dapat menyertai mesyuarat itu kerana beliau akan berada di Kuala Terengganu keesokan harinya, 28 Oktober, bagi menyertai satu perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Jumaat, 24 Oktober 2014

'BATU API' PKR MERAIH SIMPATI !!!


Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali lebih suka Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara, lapor Malaysia Gazette yang memetik kata-kata CheguBard (Sumber) dalam sidang media hari ini.
CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Saharin dilaporkan Malaysia Gazette berkata jika Anwar kembali dipenjarakan, pada saat itu Azmin akan merampas pucuk pimpinan PKR.
Aktivis PKR yang kini digantung parti, Chegu Bard mendakwa Azmin sudah bersedia untuk itu termasuk menyediakan kader-kadernya dipelbagai jawatan parti wakil di negeri-negeri.

Khamis, 23 Oktober 2014

Persiapan Perkahwinan TMJ Berjalan Lancar

JOHOR BHARU: Persiapan terakhir giat dilakukan menjelang perkahwinan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Cik Khaleeda Bustamam.

Bendera negeri mula dipasang di sepanjang jalan-jalan utama di antara Istana Pasir Pelangi, Istana Besar dan Istana Bukit Serene, yang akan menjadi lokasi majlis akad nikad pada Jumaat ini.

Selain bendera negeri, turut dihiasi dengan cahaya lampu serta beberapa hiasan lain di sepanjang jalan menuju ke tempat majlis.

Sementara itu, majlis akad nikah akan dilangsungkan secara tertutup yang hanya akan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pengantin sahaja.

Rabu, 22 Oktober 2014

AZMIN ALI BONGKAR PENYELEWENGAN WAKIL RAKYAT DAP & PKR ?


Pekong Pakatan Rakyat mula membusok?? ( SUMBER )

Alamak ai!!! Kantoi lagi Si Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai ni. Sebelum ni dia dah kantoi menabur fitnah secara terbuka terhadap calon Barisan Nasional dalam PRU yang lepas.

Kali ini isu berkaitan dengan akaun Si Nurul Izzah tu pulak yang menjadi bahan pertikaian dan ianya mula terdedah didalam laman internet sejak beberapa hari yang lepas.

Katanya akaun tu ada kaitan dengan Skim Mesra Usia Emas (Sumber) yang menimbulkan beberapa keraguan dikalangan rakyat serta penyokong - penyokong Pakatan Haramjadah tu.

Persoalan yang dibangkitkan ialah kenapa skim tersebut boleh disalurkan kepada Ahli Parlimen yang mewakili kawasan Wilayah Persekutuan menggunakan dana rakyat Selangor?

Selasa, 21 Oktober 2014

Ustaz Azhar Idrus bela anjing ???

Nukilan penulis:
“Program pegang anjing ini seperti ada agenda asing. Mula-mula pegang anjing, lepas ni pegang babi pula. Rosak anak orang Melayu,” begitulah komen ramai orang Melayu yang saya dengar secara langsung atau baca di laman-laman media sosial berkenaan dengan program anjuran Syed Azmi ini.
Kawan oii, sedarlah tiada siapa yang mahu menjatuhkan kita kerana kita memang sudah lama tersungkur rebah di bumi sendiri. Musuh sekarang cuma mentertawakan kita dek kerana kedegilan kita yang tidak mahu bangun dan bangkit merubah pemikiran menurut acuan Islam.

Isnin, 20 Oktober 2014

HEBAT: Lima agensi penguatkuasaan bersekongkol menerima wang sogokan bulanan


OPS BELOT PERLU DITERUSKAN TERUTAMA DIPUSAT-PUSAT HIBURAN DISELURUH MALAYSIA.

KUALA LUMPUR: Ops Belot bagi memerangi rasuah mengesan lebih 24 anggota membabitkan lima agensi penguatkuasaan menerima  wang sogokan secara bulanan sebagai balasan melindungi  pengusaha cakera padat digital (VCD) dan  cakera video digital (DVD) cetak rompak  di sekitar Pulau Pinang.

Berdasarkan maklumat, didapati pegawai penguat kuasa dari agensi seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan  Kepenggunaan (KPDNKK) terbabit dalam kegiatan melepas dan melindungi pengusaha berkenaan dan diberi habuan bulanan.

Ahad, 19 Oktober 2014

KJ DIPERBODOHKAN OLEH SI KALDAI ???


Kenapa perlu SI KALDAI ne dijemput menyertai UMNO ??

"Terima kasih, tapi Khairy boleh simpan borang Umno atau bagi pada orang lain," begitulah reaksi aktivis Adam Adli Abdul Halim berhubung hasrat ketua Pemuda Umno Malaysia itu untuk mempelawanya menyertai Umno (Klik).
"Saya ada banyak borang kes di mahkamah yang perlu diisi, termasuk kes hasutan," katanya menguls laporan mengenainya semalam.
Kehadiran Adam menarik perhatian, termasuk Khairy Jamaluddin, (kanan) di dialog anjuran akademik naungan Pemuda Umno kelmarin.
Dialog Evolusi Politik Anak Muda Malaysia anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) itu berlangsung di Kelana Jaya.
Khairy yang merupakan panelis di dialog tersebut secara berseloroh berkata beliau mahu memberi borang keahlian Umno kepada aktivis tersebut.

Sabtu, 18 Oktober 2014

JIJAH KIPAS SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA ???


KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat pelaburannya menang saman fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said memutuskan bahawa Felda sebagai sebuah badan berkanun mempunyai hak untuk menyaman pihak-pihak di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pembangunan Tanah 1956.

Jumaat, 17 Oktober 2014

DS HADI TERUS DIKEJI NAK TUNGGU LAGI KE???

Hadi punca gagalnya impian Putrajaya Pakatan
Pakatan Rakyat (PR) tidak akan mampu menawan Putrajaya selagi Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus menerajui PAS sebagai presidennya, kata penganalisis, mengaitkan pemimpin konservatif itu dengan tembok kepercayaan yang runtuh akibat cara beliau menangani hubungan dengan DAP dan PKR.
Profesor James Chin dari Universiti Monash menyifatkan Hadi sebagai halangan utama PR untuk mara ke Putrajaya.
"Tidak akan ada kepercayaan (antara sesama parti dalam PR) selagi Hadi menjadi presiden PAS. PR tidak akan maju ke depan selagi Hadi tidak diganti," katanya kepada The Malaysian Insider.
Pandangan ini dipersetujui penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan, yang berkata Hadi bersikap tidak matang dalam menangani kemelut menteri besar Selangor.
"Apabila Jawatankuasa PAS Pusat tidak setuju dengannya, Hadi pergi mengadu kepada badan lebih tinggi, iaitu Majlis Syura Ulama,” katanya.
Ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu berkata, sebagai presiden PAS, tindakan Hadi itu mendapat perhatian.
"Orang melihat sikap kebudak-budakan yang ditunjukkan presiden PAS dan ini menjejaskan kredibiliti.
"Jika Hadi kekal presiden, selagi itu label 'tidak boleh dipercayai' akan kekal terhadap  PAS,"

ANWAR PASTI AKAN DIBEBASKAN DARI PERTUDUHAN ???


Rintihan dari peminat setia ANWAR IBRAHIM

“Assalamualaikum Datuk Seri,

Saya percaya DS kini sedang memberi perhatian kepada perbicaraan di Mahkamah  Rayuan pada 28-29 Oktober 2014, namun saya juga percaya DS menganggap semuanya itu kecil belaka sehinggalah hari terakhir. Bukankah amanat DS yang popular dahulu "kalau takut dengan ombak, usah berumah di tepi pantai, jika takut dengan cabaran, usah bicara soal perjuangan".

Sebenarnya, bagi saya lebih baik DS bermunajat, bermuhasabah, berzikir, membaca Al-Quran, melakukan solat-solat sunat hajat, menunaikan umrah dan Haji insyaallah, daripada DS mengharapkan kepakaran manusia-manusia yang bergelar peguam-peguam terhebatlah termahallah dan sebagainya. Semuanya itu DS telah lihat sekian lama hanya mubazir wal membazir. (Keenam - Klik)

Khamis, 16 Oktober 2014

MAK LAMPIR NYANYOK SERTA MEROYAN ???

Kenapa lah lantik orang macam ne menjadi Wakil Rakyat ???
Pertama (Klik): PKR hari ini mencadangkan agar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dilanjutkan khusus untuk wanita kerana kumpulan itu turut menyumbang kepada pembangunan negara, kata Ahli Parlimen Ampang Mak Lampir Zuraida.

Kedua (Klik): Mak Lampir mendakwa bahawa program PERMATA adalah program 'short cut' atau jalan pintas untuk Permata Seni dan kebanyakkannya mengambil kanak-kanak dari kalangan orang kaya.

Agak mendukacitakan apabila seorang penjual buah diangkat menjadi Wakil Rakyat seterusnya menjadi Ahli Parlimen. Bukan niat untuk menghina penjual buah. Tidak sama sekali. Namun apabila seorang yang rendah pendidikannya diangkat menjadi pemimpin, beliau hendaklah memperbaiki diri sendiri dan banyak belajar serta membuat penyelidikan.

Rabu, 15 Oktober 2014

Kaki mengucar kacirkan negara timbul semula ?

Keputusan Putrajaya menghalang masuk sarjana Indonesia, Dr Ulil Abshar Abdalla menghadiri sebuah perbincangan meja bulat diselar pengkritik sebagai memandang rendah masyarakat Islam di Malaysia.
Menurut Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Ahmad Farouk Musa, yang menganjurkan forum tersebut, kerajaan tidak konsisten dalam membudayakan konsep kesederhanaan apabila menghalang Ulil masuk ke Malaysia bercakap tentang bahaya fundamentalisme agama.
Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim, menggelar kerajaan “fundamentalis” dan berkata apa yang berlaku adalah contoh terbaru Malaysia berubah menjadi ekstrimis.

Selasa, 14 Oktober 2014

PELAJAR SEKOLAH DIPERDAYA KUMPULAN MILITAN ISLAM (IS)


KUALA LUMPUR - Usaha merekrut gadis Malaysia menyertai kumpulan militan di negara bergolak Syria yang kononnya atas dasar jihad, semakin agresif apabila ia turut dikesan cuba merekrut pelajar sekolah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mendedahkan perkara itu berkata individu yang giat menjalankan kegiatan itu hanya melalui Facebook (Klik) menyasarkan golongan ini memandangkan mereka lebih mudah terpedaya.

Isnin, 13 Oktober 2014

MINAH KASTAM TERLAMPAU ???


Malu barangkali kerana beberapa kes melibatkan pegawai-pegawai tinggi Kastam yang ditangkap kerana rasuah dan penyelewengan kuasa, ada kakitangan Kastam yang berasakan, tindakan-tindakan tersebut hanya merupakan publisiti kepada PDRM memandangkan pada fahamannya, rasuah lebih banyak dilakukan oleh polis berbanding kastam.



Ahad, 12 Oktober 2014

BALAK DAN BALE YANG DITIMPA keatas PAS KETIKA INI ???


Padah Samakan Khalifah Umar Dengan Guan Eng


KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pemuda PAS, Hafiz Nordin menyatakan gelaran Khalifah (Klik) Umar Abdul Aziz yang diberikan oleh PAS kepada Lim Guan Eng tidak wajar dan seolah-olah mempersenda tokoh pemimpin Islam itu.
Katanya, Khalifah Umar Abdul Aziz dan Lim Guan Eng merupakan dua individu yang amat berbeza dari segi watak dan keperibadian, bagai langit dengan bumi.

Sabtu, 11 Oktober 2014

HAJI HADI KANTOI ISU PIL KUDA ?


AIDCNews – 10/10/14 – Berasaskan isu Pil Kuda, facebook pro Pakatan Rakyat, ‘Rakyat Bangkit‘ mendesak Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengundur diri daripada terus memegang jawatan Presiden PAS.

“Seterusnya, perlu pula dibuktikan bahawa plaintif benar-benar berniaga pil kuda (Klik) dengan ada bukti transaksi pembela dan penjual dengan resit atau bukti konkrit yang lain.

“Hukum hudud mana pula yang Hj Hadi nak gunakan ke atas kes ini.?

Jumaat, 10 Oktober 2014

HADI ENGGAN TERLIBAT DENGAN PEMBOHONGAN SERTA KHAYALAN BERTERUSAN PR ?

Pembentangan BAJET KHAYALAN itu lah dia PAKATAN RAKYAT.  (CGT - Cara GAY Tenggek)

HADI bosan serta enggan mencampuri dasar-dasar pembohongan serta penipuan yang dilakukan oleh PAKATAN RAKYAT.

Biasalah…setiap tahun Pakatan Pembangkang akan lancar bajet alternatif mereka sehari sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bentangkan bajet di Parlimen.

Pada sidang media di bangunan parlimen petang Khamis, PKR dan DAP diwakili orang kuat masing-masing, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, tetapi PAS cuma diwakili Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar.

Di kalangan wartawan berbisik, di mana perginya Datuk Seri Haji Hadi Awang?

Apakah kehangatan perang dingin mereka selepas isu Menteri Besar Selangor belum reda lagi?

Sejak kebelakangan ini Hadi belum lagi kelihatan duduk semeja dengan Anwar dan KitSiang (Klik).

ANWAR TETAP MEMPERTAHANKAN KESUCIAN BIBLE ?


KESIAN ANWAR IBRAHIM - biarlah dia bercakap puas2...

Anwar Ibrahim menyelar tindakan Putrajaya kerana tidak mendakwa Datuk Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar Bible berbahasa Melayu di Pulau Pinang menggunakan alasan presiden Perkasa itu hanya mempertahankan kesucian agama Islam.

Menurut ketua pembangkang, ajaran Islam tidak membenarkan perbuatan mengancam dan menindas agama lain.

Khamis, 9 Oktober 2014

GANGSTER GUNA BOM PULAK ??

Seorang mati dan 13 orang cedera awal pagi ini apabila sebutir bom tangan meletup di hadapan sebuah pub di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Menurut sumber polis, joki kereta Tiong Kwang Yie, cedera parah dan mati ketika menerima rawatan di hospital.
"Polis menerima aduan pada jam 4.25 pagi dan menghantar wakil ke kelab malam Cherry Blossom bagi memastikan kerosakan.
"Laporan awal menunjukkan dua butir bom tangan dicampak dari tingkat dua bangunan."

SAH KHALID SAMAD BERSEKONGKOL KELUAR LESEN "OCTOBERFEST 2014" ??


Kerajaan negeri Selangor tidak pernah memberikan permit atau kelulusan terhadap mana-mana pihak dalam penganjuran festival minuman keras 'Octoberfest 2014' yang dijangka berlangsung selama 3 hari bermula Jumaat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Ean Yong Hian Wah dalam kenyataannya hari ini berkata pengeluaran permit bagi acara sedemikian adalah bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Rabu, 8 Oktober 2014

HAI....TAK MENGAKU LAGI ???


Sepatutnya segala pingat yang diterima dipulangkan dan tidak sepatutnya seorang yang telah didapati bersalah oleh Mahkamah berada di dalam Dewan Parlimen lagi ???

Anwar Ibrahim yang berdepan saman fitnah RM50 juta menafikan pertuduhan beliau meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Ketua Pembangkang itu dalam pernyataan pembelaan yang difailkan hari ini berkata, insiden berkenaan tidak pernah berlaku dan tuduhan Saiful tidak benar (Klik).
Saiful mendakwa, Anwar pada 26 Jun 2008 meminta satu fail dihantar ke sebuah unit di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara.
Katanya, Anwar yang merupakan majikannya pada waktu itu, menggunakan semua pengaruhnya untuk mengadakan hubungan seksual itu dengannya.
Saiful berkata Anwar melakukan salah laku seks itu kepadanya tanpa kerelaannya. – 8 Oktober, 2014.

Selasa, 7 Oktober 2014

KHALID SAMAD GUNA GENGSTER ?

AIDCNews – 4/10/14 – Rentetan perbualan telefon di antara Ustaz Fadhil Hasanuddin dengan Pengarah Eksekutif LENSA (Lensa Anak Muda Malaysia), Safwan Anang, ia meleret kepada penglibatan geng Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad sehingga kedua belah pihak membuat laporan polis.
Semalam facebook ‘Kami Semua Fadil‘ melaporkan Safwan Anang telah membuat laporan polis dan dengan sengaja menyebarkan laporan itu untuk dengan mendedahkan nombor telefon Ustaz Fadil.
“Taktik ini dilakukan supaya Ustaz Fadil akan diserang bertalu talu melalui panggilan telefon.
“Dalam masa yang sama, terdapat ugutan dari Komander Amal Shah Alam sendiri yang menggugut Ustaz Fadil. 
Bahkan beliau boleh pula bersama Safwan Anang minum bersama tetapi amat malang mengutuk kawan sendiri yang cuba membela PAS dan Tuan Guru Presiden.
Kelibat budak budak Khalid Samad (Klik) ini mengancam sehingga mahu memukul dan mencederakan Usta Fadil,” lapornya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...