Translate

31/05/2014

TINDAKAN YANG LEBIH TEGAS PERLU DIAMBIL KE ATAS WARGA AFRIKA


KERAJAAN PERLU MEMANDANG SERIOUS KEJADIAN JENAYAH YANG DILAKUKAN OLEH PENJENAYAH WARGA AFRIKA, YANG KIAN BERLARUTAN DARI TAHUN KE TAHUN. 

JENAYAH YANG DILAKUKAN OLEH WARGA INI KIAN MEMBIMBANGKAN DENGAN PENINGKATAN YANG KIAN KETARA.

APAKAH KETIDAK HADIRAN WARGA AFRIKA INI AKAN MENJEJASKAN EKONOMI PELANCUNGAN BAGI NEGARA KITA ????

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Polis menumpaskan satu sindiket 'Black Money' apabila menahan dua lelaki warga Afrika dan seorang wanita tempatan di dua lokasi sekitar Damansara pada 19 dan 20 Mei lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Law Hong Soon berkata kesemua suspek berusia lingkungan 42 hingga 48 tahun.


Sindiket kaut untung jutaan ringgit didalangi agensi penguatkuasa ???



JOHOR BAHRU - Kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi yang didalangi sindiket antarabangsa, dipercayai mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil penjualan bahan bakar itu kepada kapal dagang dengan harga AS$1 (RM3.20) berbanding harga asal RM2 seliter.

Malah, pelbagai cara digunakan sindiket untuk mengaburi mata pihak berkuasa daripada dikenakan tindakan termasuk memalsukan dokumen pembekalan syarikat minyak.

Perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Iskandar Halim Sulaiman selepas pasukannya menggagalkan cubaan menyeludup sebanyak 3.7 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM7.4 juta di kedudukan 4.5 kilometer dari Pulau Lima berhampiran Sungai Rengit, di sini, Isnin lalu.

Beliau berkata, operasi bersepadu mulai pukul 5.20 petang itu disertai beberapa agensi termasuk Pasukan Polis Marin serta Jabatan Laut dan diselaraskan oleh Pasukan Petugas Khas, Jabatan Peguam Negara.  

30/05/2014

SUAMI BOSAN DG SIKAP USTAZAH ABBY ???


TINDAKAN YANG TEPAT DIAMBIL OLEH BEKAS SUAMI USTAZAH ABBY, MEMANDANGKAN UMURNYA YANG MASIH MUDA RANGUP....

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama)-- Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Khamis menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan pelakon Abby Abadi terhadap suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin menetapkan 11 Jun ini untuk sebutan semula kes itu selepas Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 37, memaklumkan terdapat satu lagi lafaz cerai yang masih belum difail dan disahkan oleh mahkamah.

Dalam prosiding itu, Abby memaklumkan kepada mahkamah bahawa suaminya Muhammad Noor Farhan, 25, pernah memberitahu kepada rakannya bahawa mereka sudah bercerai pada Januari lalu.

29/05/2014

Bekas Inspektor Penyelenggaraan BP Chemical Disabit 21 Tuduhan Rasuah, Penggubahan Wang Haram



AYER KEROH, 28 Mei - Seorang bekas Inspektor Penyelenggaraan BP Chemical Sdn Bhd hari ini disabitkan dengan 21 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram.

Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 4, Ahmad Sazali Omar mensabitkan T. Gauthaman, 45, dengan tujuh pertuduhan di bawah Sekyen 10(a)(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan satu pertuduhan Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Dia turut disabitkan dengan 13 pertuduhan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Ketika membacakan keputusan, hakim berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes 'prima facie' dan melampui keraguan yang munasabah serta berjaya membuktikan wang yang diterima tertuduh merupakan wang rasuah. 

28/05/2014

SITA KILANG CADBURY DAN BOIKOT SEMUA PENGELUARANNYA ADALAH TEPAT



TIADA KOMPROMI DAN KURANG AJAR.  TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL.

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahukan kilang Cadbury disita dan pengguna memboikot produknya susulan penemuan produk tidak halal keluaran syarikat itu baru-baru ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, berkata kilang tersebut seharusnya disita apabila tiada langsung permohonan maaf yang diusulkan dan pihak berkuasa seharusnya bertegas dalam hal ini.

"Kilang itu patut disita dan dihentikan pengeluaran produknya kerana setelah penemuan ini, tiada permohonan maaf ataupun rasa kesal yang timbul dari pihak Cadbury.

"Mengikut Akta makanan, pihak berkuasa ada hak untuk menyita kilang terbabit kerana gagal memenuhi kriteria-kriteria ditetapkan," katanya ketika mengadakan sidang media 'Cadbury Perlu Dihukum Pengguna' di Villa Puteri Condominium, hari ini.


JAWAPAN TIDAK MASUK AKAL ???



*Sukar tangkap penyeludup di laut.
*maklumat yang kita terima daripada nelayan agak lambat.
*pihaknya sukar untuk menahan bot .
*tetap sukar untuk menahan kerana tempoh yang diambil .

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Wilayah Timur menghadapi kesukaran untuk menahan bot yang terlibat dalam aktiviti pemindahan diesel kepada bot haram di laut.

Pengarah Operasi Wilayah Maritim Timur, Kapten Maritim Yusof Ali berkata, pemantauan di laut sukar kerana kebanyakan maklumat yang diterima khususnya daripada nelayan agak lewat.

“Biasanya kes tangkapan penyeludupan diesel yang berlaku di darat agak senang tetapi apabila kes di laut, kita mengalami sedikit masalah dari segi masa yang diambil untuk sampai ke bot atau kapal yang disyaki.

"Kadang-kadang maklumat yang kita terima daripada nelayan agak lambat dan apabila kita sampai di lokasi yang dimaklumkan, mereka dah hilang," katanya.


27/05/2014

Pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) Cuba Menjadikan Malaysia Pengkalan



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menahan tiga warga asing disyaki anggota kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) dalam beberapa serbuan di Petaling Jaya dan Klang, Selangor pada 15 Mei lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka ditangkap dalam satu operasi khas oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas.
Beliau berkata suspek menyusup masuk ke Malaysia sejak 2004 dan menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda selain berusaha mengaktifkan kembali aktiviti kumpulan LTTE khususnya di peringkat antarabangsa.

26/05/2014

HADI MENGGELETAR DISAMPING DYANA SOFYA ???


BILA BERDEKATAN DENGAN DYANA SOFYA, APA PUN YANG DIPERKATAKAN OLEH DYANA ADALAH BETUL ???

TELUK INTAN: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di sini sekadar meminta supaya pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud mewakili DAP tidak dipertikaikan.
Tanpa mengetengahkan isu berkaitan hukum hudud di Kelantan, beliau berkata, calon yang dipilih seharusnya seseorang yang boleh menjadi wakil bagi membawa suara rakyat ke Parlimen.
"Kalau kita cerdik, jangan kita bincang pasal bangsa.
"Kita pilih calon pilihan raya ini sebagai satu amanah," katanya pada majlis minum petang yang turut disertai Dyana di Taman Cicely di sini, Isnin.
Tiada sidang media pada majlis itu kerana waktu suntuk berikutan hampir untuk menunaikan solat Maghrib. Bagaimanapun, Abdul Hadi dijangka hadir pada program ceramah Pakatan Rakyat pada malam Isnin.
Abdul Hadi juga menyifatkan Dyana seorang yang berani kerana mewakili DAP pada PRK Teluk Intan dan seharusnya keberanian itu ditonjolkan di Parlimen mewakili rakyat Teluk Intan.

25/05/2014

YANG SEBENARNYA HADI PUN TAK TAHU HUKUM HUDUD ATAU HUKUMAN HUDUD ???



CAKAP TAK SERUPA BIKIN. NAK TUNGGU AYAM BERKOKOK, DAH BERKOKOK DAH. KOT-KOT NAK TUNGGU SEHINGGA AYAM BERTANDUK ????

KOTA BAHARU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan supaya mana-mana pihak yang tidak mengetahui tentang hukum hudud supaya berhenti bercakap mengenainya kerana ia boleh menjejas orang lain yang sememangnya tidak memahami undang-undang Islam itu. 

Beliau berkata mereka perlu sama sekali berhenti bercakap soal hukum itu kerana bimbang ia boleh mencelarukan lagi keadaan sedia ada. 
 
"Ini bukan sahaja menimbukan kekeliruan malah ia merosakkan...Kalau tak tahu jangan cakap sepatutnya...Saya tak tuju kepada sesiapa.
 

24/05/2014

PAS dan DAP berpura-pura ikhlas bekerjasama selama ini



Salahuddin seolah-olah mengatakan bahawa PAS tahu DAP tidak faham dan tidak jujur menerima PAS se-adanya. Begitu juga PAS. Ia sedar DAP memusuhi perjuangannya. Namun buat masa ini atas dasar mahu mencatat kemenangan politik, kedua-duanya sedia berpura-pura bekerjasama. 

Persoalannya, jika kedua-dua parti itu sedar bahawa rakan atau saingan politik mereka sentiasa “tidak serasi dan tidak selesa” dengan matlamat perjuangan regunya itu, sudah pasti apabila menghampiri hujung garisan, masing-masing menyimpan strategi “memastikan” objektif rakan kongsi itu tidak jadi realiti.

23/05/2014

TINDAKAN PALING TEGAS KE ATAS DURI DALAM DAGING

Hadkan tempoh penempatan pegawai akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Selain akaun simpanan setiap individu yang disasarkan.

KUALA LUMPUR 22 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sedang mengkaji untuk mengehadkan tempoh penempatan pegawai-pegawai penguat kuasa di sesuatu kawasan.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, langkah itu dilaksanakan dalam usaha meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan yang dijalankan.

"Kita sedang memikirkan penempatan pegawai-pegawai di sesuatu kawasan itu hendaklah bagi sesuatu tempoh tertentu dan seelok-eloknya tidak melebihi tiga tahun.

"Setakat ini, belum ada keputusan dibuat tetapi kita sedang menuju ke arah itu. Kita akan mengambil kira semua aspek sebelum membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kementerian itu semalam mengisytiharkan perang melalui Ops Titik ke atas petualang yang menjual serta menyeludup diesel bersubsidi sehingga mengakibatkan negara mengalami kerugian puluhan juta ringgit.

Pengarah Penguat Kuasa kementerian itu, Mohd. Roslan Mahayudin semalam berikrar untuk meng­ambil tindakan paling tegas terhadap para anggota serta pegawainya yang tidak jujur kerana beliau tidak mahu adanya ‘duri dalam daging' di dalam organisasinya.

BERSAMBUNG DISINI

22/05/2014

PERANG - Penyelewengan diesel di tahap serius

Risikan SPRM dapati penyelewengan diesel di tahap serius.  KLIK SINI,  KLIK SINI.

Baru lah semua kelam kabut nak lancarkan "PERANG" la, "Ops Titik" la... dan bermacam-macam lagi.  

Ini menunjukkan ketidak prihatinan agensi tertentu terhadap tugas hakiki yang telah diamanahkan, dengan melakukan penyelewengan yang tidak boleh dimaafkan lagi. Janji "MASUUUUK".

Serbuan dedah kepincangan  KLIK SINIKLIK SINI

KANGAR 21 Mei 2014 - Risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati penyelewengan petrol dan diesel bersubsidi melibatkan sindiket di negara ini dengan negara jiran kini berada di tahap serius.

Pengarah Bahagian Risikan SPRM, Datuk Azam Baki yang tidak menyebut negara jiran itu berkata, operasi sindiket terbabit berjalan dengan terancang dan bukan dilakukan oleh individu.

"Penyelewengan ini sampai tahap serius kerana unsur-unsur rasuah membabitkan penjawat awam dari pelbagai agensi sangat jelas manakala syarikat pembekal tidak terbabit,'' katanya.

21/05/2014

HARI INI DALAM SEJARAH : Calun Backer Mengamuk dihadapan Kereta Guan Eng



Abu Backer Alami Keretakan Pinggang Rempuh Kereta Guan Eng. 

Apa dah jadi dengan calun seorang ni ???

GEORGE TOWN: Calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan disahkan mengalami keretakan di pinggang kanannya.

Jurucakap pegawai perubatan di Hospital Pulau Pinang berkata, Abu Backer masih belum sedarkan diri.

"Dia masih di bawah pengaruh ubat bius dan belum sedar lagi.


"Pembantu peribadinya (Hafiz) meminta supaya Abu Backer dihantar ke Pusat Rawatan  Gleneagles apabila beliau sedar nanti ," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita, petang Selasa.


20/05/2014

KEGIATAN PARASIT DISEL DIBONGKAR - TAHNIAH SPRM


Pegawai penguat kuasa miliki RM1.5 juta seludup diesel 

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan terdapat kes membabitkan pegawai penguat kuasa yang mempunyai simpanan RM1.5 juta hasil aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata pihaknya telah pun mendapat perintah untuk menyita akaun berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. 

"Terdapat juga kes pegawai penguat kuasa dikesan membeli lori, semata-mata untuk menjalankan aktiviti seludup diesel," katanya pada sidang media mengenai kes penyeludupan diesel, di sini hari ini. 

NAJIB DAN RAKYAT DIPERBODOH2KAN ???


Buku MH370: Saksi Lihat Pesawat Terbakar

BEBERAPA akhbar dan portal berita asing heboh menyiarkan mengenai buku pertama yang diterbitkan berkaitan kehilangan pesawat MH370 hasil tulisan Nigel Cawthorne apabila penulis mendakwa ia ditembak dalam latihan ketenteraan.
Lebih mengejutkan, penulis buku 'Flight MH370 The Mystery' itu turut menyatakan kejadian yang masih misteri itu sengaja dirahsiakan.
"Apakah mereka meninggal dunia dalam keadaan menanggung kesakitan, tidak dipastikan nasib mereka? Atau apakah mereka meninggal dunia dalam keadaan pesawat terbakar, terhempas dari langit ketika dikawal lelaki tidak siuman?."
Malahan, Cawthorne juga menggambarkan bagaimana seorang lelaki yang sedang bekerja di pelantar minyak melihat sebuah pesawat terbakar dan ia berada berdekatan kawasan latihan tentera itu.
Waktu kejadian itu dikatakan sama dengan tempoh masa transponder pesawat berkenaan dimatikan.

19/05/2014

JARUM DAN STRATEGI DAP menjadi ???


JARUM YANG TAJAM MULA MENUSUK DISELURUH PELUSUK WARGA KOTA DI NEGERI JOHOR KHASNYA DI JOHOR BAHRU SECARA SENYAP-SENYAP.
TUNGGU LAH PRU KE 14 - BANYAK LAGI KAWASAN PARLIMEN YANG AKAN DI RAMPAS OLEH DAP DENGAN BEGITU MUDAH SEPERTIMANA YANG BERLAKU DI GELANG PATAH.

KAWASAN SASARAN JOHOR BAHRU, PASIR GUDANG DAN KAWASAN DISEKITARNYA. TUNGGU DAN LIHAT.

PENGUNDI-PENGUNDI DAP MULA BERHIJRAH DARI LUAR KE KAWASAN TERSEBUT DENGAN MEMBELI KEDIAMAN YANG DITAWARKAN ATAU MENYEWA DAN MENUKAR ALAMAT TERKINI BAGI MEMUDAHKAN MEREKA DAPAT TARAF MENGUNDI PADA PRU KE 14.

18/05/2014

SYARIKAT PENERBANGAN NEGARA GULUNG TIKAR ???



PM: TERLALU LEWAT UNTUK MENYELAMATKAN MAS
HISHAM: TIDAK AKAN MENYELAMATKAN MAS

Datuk Seri Najib Razak telah berkata bahawa ia mungkin terlalu lewat untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) dalam bentuk semasa, sebagai syarikat penerbangan negara perjuangan untuk terus bertahan berikutan kehilangan penerbangan MH370.
Dalam temu bual dengan The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan semalam, Perdana Menteri berkata kebankrapan mungkin menjadi antara beberapa pilihan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara, selepas tahun kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh.
"Kita perlu melihat dari semua sudut, mengambil perhatian bahawa Malaysia Airlines adalah syarikat berkaitan kerajaan. Ia bukan sebuah syarikat swasta, jadi terdapat kesan tertentu dalam apa yang anda mahu lakukan dari segi bagaimana ia diterima oleh pekerja-pekerja dan orang awam, "kata Najib (gambar, kanan) memberitahu WSJ.
MAS berkata semalam bahawa kerugian bersih berkembang kepada RM443.4 juta pada suku pertama, berbanding kerugian bersih sebanyak RM278.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

17/05/2014

KENAPA DATUK WAN AHMAD DITUKAR ? JAWAPAN ADA DOH !

BERAKHIRNYA REJIM WAN AHMAD


Tarikh 12 Mei 2014 akan tercatat dalam sejarah politik Terengganu sebagai hari jatuhnya rejim Datuk Wan Ahmad Wan Muda, ketua menteri besar terengganu. Selama enam tahun beliau menjadi ketua kepada Datuk Seri Ahmad Said yang menjadi MB pada 23 Mac 2008. 

Orang Terengganu tak kata Ahmad Said yang jadi MB sebaliknya Wan Ahmad setiausaha sulit kanannya. Entah kenapa Ahmad Said terlalu percaya kepada Wan Ahmad sehingga apabila kontraktor pergi menemui Wan Ahmad, dia bercakap aku yang berkuasa, bukan Ahmad Said. 

Kurang ajar Wan Ahmad yang pernah curi baja FELDA. Rakyat di seluruh Terengganu bersorak apabila Ahmad Said jatuh. Bukan kerana mereka benci Ahmad Said, tetapi mereka benci kepada Wan Ahmad yang banyak menganaiyai orang selama enam tahun. 

Malah bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri pernah menyebut isu ketua menteri besar dalam Utusan Malaysia sebelum pilihanraya umum 2013. Orang Malaysia tertanya-tanya siapa ketua menteri besar itu kalau bukan Wan Ahmad. 

TOOWEN LOONG SICINA BANGSAT NI PERLU DIAJAR ???

Lagi Kes Menghina Azan, Kj Minta Siasat!


SEGERA: KJ Tuntut Siasatan Hina Azan Dalam Facebook                
    Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin hari ini menuntut siasatan dilakukan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang mengejek azan umat Islam.Menteri Belia dan Sukan itu menulis dalam Twitter  dengan berkata, pelampau wujud di kalangan semua kaum, dan sekiranya tulisan kontroversi itu benar-benar wujud, siasatan perlulah dilakukan.
Status Facebook yang dipersoalkan itu mencampur adukkan azan dengan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan. “Kita perlu berdepan pelampau ini. Sepertimana yang kita lakukan ke atas ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia),” tulisnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang berkata kes ini patut disiasat dan tidak patut ada tolak ansur terhadap ucapan yang menyebarkan kebencian kaum dan agama.

16/05/2014

MAS akan diswastakan ???

MAS Alami Kerugian Bersih Suku Pertama RM443 Juta

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines yang menanggung kerugian bersih RM443 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2014 berbanding RM279 juta dalam suku yang sama tahun lalu berkata, kerugiannya bertambah teruk dengan kehilangan pesawat MH370 yang menyebabkan permintaan untuk perkhidmatan syarikat itu merosot.

"Ketika pencarian untuk MH370 diteruskan hari ini setelah lebih dua bulan hilang, kumpulan kami perlu meningkatkan usaha untuk menambah baik aliran pendapatan serta menguruskan kos yang semakin tinggi sejajar dengan peningkatan kapasiti," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mas, Ahmad Jauhari Yahya Khamis.

"Keperluan ini menjadi lebih penting untuk kelangsungan hidup Malaysia Airlines dan kemampanan syarikat dalam pasaran yang semakin mencabar," katanya dalam satu kenyataan bagi mengumumkan keputusan kewangan suku pertama syarikat penerbangan negara itu.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 239 orang, termasuk penumpang dan anak kapal, hilang pada pagi 8 Mac lalu.

Pasukan mencari dari pelbagai negara masih berusaha menjejaki pesawat berkenaan yang dipercayai jatuh di Lautan Hindi. 

Sumber: KLIK DISINI

15/05/2014

KENAPA PULAK DATUK WAN AHMAD WAN MUDA DITUKAR ????


KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu membuat pertukaran tiga pegawai kanan di Pejabat Menteri Besar berkuatkuasa hari ini susulan pelantikan Menteri Besar Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman Isnin lepas.
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. 
Beliau berkata, akan berlalu beberapa lagi bertukaran untuk disesuaikan dengan pertukaran Menteri Besar yang baru. 

"Kalau tiada pertukaran Menteri Besar pun pertukaran kakitangan itu tetap akan berlaku sebab ada yang bersara pada Jun ini," katanya.

Bekas Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Md Kamaru Al-Amin Ismail dilantik Setiausaha Sulit Kanan kepada Ahmad Razif.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Berhad, Datuk Wan Ahamad Wan Muda dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar sebelum ini iaitu Azman Ghani @ Hussin masing-masing ditukar ke jawatan baru iaitu sebagai Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Sumber: KLIK DISINI

KPDNKK LANCAR OPERASI 'OPS TITIK' - HEBOH SELURUH NEGARA ???



TAK GUNA BUAT OPERASI, JIKA TELAH DIUMUMKAN LEBIH AWAL SEBELUM OPERASI DIJALANKAN. 

BAGIKAN MELEPASKAN BATUK DITANGGA AJA ???

SEREMBAN, 13 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melancarkan Ops Titik secara besar-besaran pada Khamis ini bagi membendung kegiatan penyelewengan diesel di seluruh negara.
Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata tindakan penguatkuasaan bersepadu secara besar-besaran itu berdasarkan hasil risikan dalaman dan maklumat daripada agensi penguatkuasaan lain.
“Beberapa individu, syarikat, sektor dan lokasi ‘hot spot’ (panas) dikenal pasti untuk disenarai pendek seperti stesen minyak, pemborong dan gudang simpanan yang menjadi transit untuk sindiket beroperasi,” katanya dalam siding media di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin.
Katanya KPDNKK akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain seperti polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan aktiviti itu dapat dihapuskan hingga ke akar umbi.
Sumber: KLIK DISINI

14/05/2014

PAS KEHAUSAN NAK MEMERINTAH TERENGGANU ???



KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
    
Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.
    
"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi Bernama.
    

13/05/2014

BUNUH DIRI KERANA FACEBOOK !!


Seorang remaja perempuan dipercayai menggantung diri sehingga mati selepas diarah ibunya menutup akaun Facebook (FB).
Aditi Gupta, 13, dilapor dimarahi ibunya Mohana Gupta, 36, kerana terlalu banyak menghabiskan masa melayan laman sesawang media sosial popular itu. 
Media semalam melaporkan, ibu Mohana memaksa Aditi menutup akuan berkenaan ketika dalam perjalanan pulang dari luar. 

“Pastikan akaun itu ditutup sebelum ibu tiba di rumah,” kata Mohana dalam panggilan telefon kepada anaknya sejurus sebelum kejadian.

Beberapa jam kemudian - selepas Mohana pulang - dia mendapati anaknya sudah tergantung tidak bernyawa.
Dia terus menelefon polis. Ketika disoal Mohana berkata dia tidak menyangka anaknya sanggup membunuh diri akibat perkara yang begitu remeh. - Agensi

KURANG ILMU DAN GILA BARANGAN LAMA !!!

Lelaki 'Simpan' Bom Selama Dua Tahun

GEORGE TOWN: Seorang lelaki di Taman Lip Sin, Sungai Nibong hari ini hanya menyedari objek dibawa pulang dari rumah datuknya di Lenggong, Perak sejak dua tahun lepas sebenarnya sebutir bom.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Mior Faridalathrash Wahid berkata objek itu ditemui semula pada pukul 2.30 petang tadi ketika lelaki berkenaan mengemas barang di rumahnya.
"Dia yang curiga dengan bentuk objek itu menghubungi polis dan sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom telah ke rumah lelaki itu dan siasatan mengesahkan ia adalah bom jenis Illuminating 81mm kaliber," katanya ketika dihubungi.

12/05/2014

KRISIS MAS BERLARUTAN ???

Hampir 300 Kru Kabin Letak Jawatan

EKSKLUSIF PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun.

Faktor tekanan kerja, selain 'dipancing' syarikat penerbangan lain antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan.

Kebiasaannya, tindakan meletak jawatan itu berlaku apabila kru kabin selesai menjalani latihan yang dibiayai sepenuhnya syarikat yang dikatakan semakin kurang memberi tumpuan terhadap kebajikan kakitangan sejak tiga tahun lalu.


Ahmad Said sah letak jawatan MB Terengganu ???



KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said sah meletakkan jawatan selepas menyerahkan surat peletakan jawatan kepada presiden parti pagi tadi.

Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan berlaku pertukaran Menteri Besar Terengganu tetapi tidak mendedahkan calon yang sebenar.

Sumber:sinarharian KLIK dan utusanmalaysia DISINI

PKR Tetap Akan Tolak Usul PAS Laksana Hudud


TOLAK TETAP TOLAK : ITU LAH KENYATAAN PKR MENGENAI PERLAKSANAAN HUKUMAN HUDUD.

PKR akan menolak usul hudud, jika PAS mahu meneruskan niat mengusulkannya sebagai usul persendirian di parlimen, tegas Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian.
Baru Bian dilaporkan theborneopost.com berkata PKR akan membuat keputusan itu sebaik sahaja PAS membentangkan usul itu di parlimen.
“Kami mahu membuat pendirian yang jelas bahawa kami tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud. Kami akan menunggu sehingga usul itu dibentangkan dan perhatikan reaksi penggubal undang-undang dari kedua-dua pihak.
“Pada hakikatnya, ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen sebelum ia boleh diluluskan.
“UMNO kini sedang ‘bermain’ dengan isu ini tidak lebih sebagai permainan politik mereka. Saya yakin Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak akan menolak hudud, ” kata Baru kepada pemberita di luar Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam.
Beliau, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan usaha terbaru PAS itu akan memberi kesan terhadap Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-14 kerana ia meletakkan pakatan antara DAP dan PKR dalam keadaan janggal.
Sementara itu, ALIRAN mencadangkan PKR dan DAP memutuskan hubungan dengan PAS, sekiranya parti itu meneruskan niat untuk melaksanakan hudud.

11/05/2014

HOT: Peminat Kritik Saiz Payudara Tasha Shilla ??



KUALA LUMPUR : Secara tiba-tiba foto pelakon Tasha Shilla sedang memegang segelas minuman kesihatan menjadi ‘viral’ di laman sosial.

Selepas Astro Gempak telek dan baca komen-komen yang ditulis, rata-rata peminat telah memberi komen mengenai saiz payudara aktres itu yang kelihatan semakin bertambah saiznya.

Memang agak seksi foto Tasha bersama T-Shirt sendat berwarna putih yang dipakainya itu sehingga jelas menampakkan bentuk badannya yang terkini.

Jika sebelum ini kecoh tentang Tasha Shilla ke negara jiran untuk membuat pembedahan plastik dan mengubah bentuk hidungnya, adakah kali ini dia melakukan rawatan yang sama, tetapi di bahagian yang dikatakan aset wanita itu?

MACAM-MACAM HAL BERLAKU - Penumpang Terberak Dalam Bas !!!



Nak tergelak pun ada, kesian pun ada. Namun nak buat macam mana dah benda nak terjadi. Benda ni bukan boleh main-main kalau memang dah terkena kan. Ini berkaitan dengan perkongsian seorang penumpang bas ekspres menerusi akaun Facebooknya.

Johan A. Delvo yang menaiki bas ekspres berkongsi pengalamannya dan para penumpang bas tersebut yang terpaksa berhenti di Pekan Ranau, Sabah kerana salah seorang daripada mereka ‘terbuang’ air besar dalam perjalanan.

Ia sekaligus mencetuskan bau busuk sehingga semua mereka keluar daripada bas tersebut kerana tidak tahan dengan bau berkenaan selain untuk mendapatkan udara segar.

Menerusi ruangan komen, dia memberitahu mungkin penumpang tersebut kurang sihat sehingga tidak sengaja ‘melepas’ dalam seluarnya.

Sumber:citizeninfonet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...