Translate

16/05/2014

MAS akan diswastakan ???

MAS Alami Kerugian Bersih Suku Pertama RM443 Juta

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines yang menanggung kerugian bersih RM443 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2014 berbanding RM279 juta dalam suku yang sama tahun lalu berkata, kerugiannya bertambah teruk dengan kehilangan pesawat MH370 yang menyebabkan permintaan untuk perkhidmatan syarikat itu merosot.

"Ketika pencarian untuk MH370 diteruskan hari ini setelah lebih dua bulan hilang, kumpulan kami perlu meningkatkan usaha untuk menambah baik aliran pendapatan serta menguruskan kos yang semakin tinggi sejajar dengan peningkatan kapasiti," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mas, Ahmad Jauhari Yahya Khamis.

"Keperluan ini menjadi lebih penting untuk kelangsungan hidup Malaysia Airlines dan kemampanan syarikat dalam pasaran yang semakin mencabar," katanya dalam satu kenyataan bagi mengumumkan keputusan kewangan suku pertama syarikat penerbangan negara itu.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 239 orang, termasuk penumpang dan anak kapal, hilang pada pagi 8 Mac lalu.

Pasukan mencari dari pelbagai negara masih berusaha menjejaki pesawat berkenaan yang dipercayai jatuh di Lautan Hindi. 

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...