Translate

Memaparkan catatan dengan label PPIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPIM. Papar semua catatan

24/12/2019

PRODUK BUKAN ISLAM TAK PERLU PAKAI TULISAN JAWI ???

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengeluarkan SIJIL HALAL DALAM TULISAN MENGIKUT BANGSA PEMILIK PRODUK.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, sebagai contoh, jika produk itu dikeluarkan oleh pemilik Melayu, Islam, Jakim perlu mengeluarkan Sijil Halal dalam tulisan Jawi.
Katanya, begitu juga jika produk berkenaan dikeluarkan oleh syarikat Cina dan India, maka Sijil Halal mesti ditulis dalam bahasa Mandarin dan Tamil, bukan tulisan Jawi sebagaimana sebelum ini.
Ini tegas beliau sebagai tanda akur PPIM berhubung PENOLAKAN TULISAN JAWI OLEH PERSATUAN CINA, DONG ZONG bagi pelaksanaan dalam kurikulum sekolah tahun depan.
“MEREKA (DONG ZONG) TAK NAK JAWI, okey. Kita boleh terima. Tapi kita mahu penolakan itu secara menyeluruh sehingga pada produk keluaran bukan Islam pun dihapuskan tulisan Jawi.
“Kita tidak mahu mereka mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas KUASA MEMBELI DALAM KALANGAN ORANG MELAYU DAN ISLAM secara mengelirukan pembeli dengan tulisan Jawi.
“Ini tidak patut. Kalau betul-betul bencikan tulisan Jawi, jangan pakai, walaupun pada produk mereka,” katanya kepada media pada majlis kempen membeli akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo di sini, hari ini.
Dr. Maamor turut memberi contoh seperti makanan segera roti pau yang menggunakan nama Melayu, sedangkan pemilik dan pekerjanya bukan Islam.
Jelas beliau, tujuan pemilik menggunakan jenama Melayu dan nama lebih Islamik kerana UNTUK MENGELIRUKAN PEMBELI ISLAM KONONNYA MAKANAN ITU HALAL.
“Walhal pemiliknya bukan Islam, tapi menggunakan nama orang Melayu untuk kelirukan orang Islam.
“Kita mengajak orang Melayu, Islam selepas ini lebih berhati-hati membeli produk bukan Islam yang menggunakan nama Melayu,” katanya. – MalaysiaGazette
Rujukan: KLIK DISINI

11/01/2016

Jangan Tunggu Rakyat Marah Baru Selesai Aduan

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengingatkan semua kementerian dan agensi bertanggungjawab agar peka serta bertindak segera menyelesaikan aduan rakyat sebelum dilaporkan di dalam surat khabar dan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kelemahan untuk bertindak dengan pantas akan menyebabkan rakyat menanggung bebannya sama ada dalam soal kos atau pun kelemahan perkhidmatan yang diberikan kerajaan.

Menurut beliau, kegagalan Kementerian Kesihatan mengesan dan memperbaiki kerosakan sistem pendingin hawa di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang dengan lebih awal adalah contoh yang perlu dijadikan iktibar agar tidak berulang pada masa akan datang.

“Kerajaan bekerja untuk rakyat sebagai satu pasukan, justeru jika ada ahli pasukan yang tidak menjalankan tugas dengan baik, maka satu pasukan akan dihentam terutama sekali ketuanya.

“Itulah yang berlaku di hospital berkenaan apabila rakyat sudah menderita rasa panas, maka walaupun masalah itu berjaya diselesaikan, namun kemarahan tetap ada kerana mereka sentiasa menjangka perkhidmatan yang terbaik daripada kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nadzim mengulas tindakan Kementerian Kesihatan mengambil langkah sementara menyelesaikan masalah pendingin hawa di hospital berkenaan yang rosak dan perancangan untuk mengupah kontraktor bagi memperbaiki keseluruhan sistem berkenaan.

Masalah tersebut bagaimanapun hanya diselesaikan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan arahan kepada pihak bertanggungjawab memandangkan kerosakan itu telah dilaporkan oleh media.

Sumber: KLIK DISINI

03/02/2015

Pengguna ‘tidur’ punca peniaga ‘pijak kepala’

KUALA LUMPUR, 3 Februari: Sikap pengguna negara ini yang tidak tahu menggunakan hak adalah punca peniaga mengambil kesempatan ‘memijak kepala’ mereka dengan tidak mengendahkan desakan agar menurun harga barangan ekoran harga bahan api yang makin murah, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Katanya, walaupun kerajaan sudah tiga kali mengumumkan penurunan harga minyak dengan yang terbaru berkuatkuasa 1 Februari, peniaga bersikap ‘pekak badak’ menjual barangan pada harga lama, malah ada yang lebih tinggi lagi disebabkan mereka tidak merasa terancam atau ‘gerun’ dengan kuasa yang ada pada pengguna.

“Pengguna sudah lama sangat tidur, paling baik pun mengantuk. Mereka selama ini membiarkan sahaja harga barang terus naik tanpa melakukan sesuatu.

28/05/2014

SITA KILANG CADBURY DAN BOIKOT SEMUA PENGELUARANNYA ADALAH TEPAT



TIADA KOMPROMI DAN KURANG AJAR.  TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL.

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahukan kilang Cadbury disita dan pengguna memboikot produknya susulan penemuan produk tidak halal keluaran syarikat itu baru-baru ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, berkata kilang tersebut seharusnya disita apabila tiada langsung permohonan maaf yang diusulkan dan pihak berkuasa seharusnya bertegas dalam hal ini.

"Kilang itu patut disita dan dihentikan pengeluaran produknya kerana setelah penemuan ini, tiada permohonan maaf ataupun rasa kesal yang timbul dari pihak Cadbury.

"Mengikut Akta makanan, pihak berkuasa ada hak untuk menyita kilang terbabit kerana gagal memenuhi kriteria-kriteria ditetapkan," katanya ketika mengadakan sidang media 'Cadbury Perlu Dihukum Pengguna' di Villa Puteri Condominium, hari ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...