Setiausaha Agungnya, Datuk Dr.
Maamor Osman berkata, sebagai contoh, jika produk itu dikeluarkan oleh pemilik
Melayu, Islam, Jakim perlu mengeluarkan Sijil Halal dalam tulisan Jawi.
Katanya, begitu juga jika produk berkenaan dikeluarkan oleh syarikat Cina dan India, maka
Sijil Halal mesti ditulis dalam bahasa Mandarin dan Tamil, bukan
tulisan Jawi sebagaimana sebelum ini.
Ini tegas beliau sebagai tanda
akur PPIM berhubung PENOLAKAN TULISAN JAWI OLEH PERSATUAN CINA, DONG ZONG bagi pelaksanaan dalam kurikulum
sekolah tahun depan.
“MEREKA (DONG ZONG) TAK NAK JAWI, okey. Kita
boleh terima. Tapi kita mahu penolakan itu secara menyeluruh
sehingga pada produk keluaran bukan Islam pun dihapuskan tulisan Jawi.
“Kita tidak mahu mereka mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas KUASA
MEMBELI DALAM KALANGAN ORANG MELAYU DAN ISLAM secara mengelirukan pembeli
dengan tulisan Jawi.
“Ini tidak patut. Kalau
betul-betul bencikan tulisan Jawi, jangan pakai, walaupun pada
produk mereka,” katanya kepada media pada majlis kempen membeli akhbar Utusan
Malaysia dan Kosmo di sini, hari ini.
Dr. Maamor turut memberi contoh
seperti makanan segera roti pau yang menggunakan nama Melayu, sedangkan pemilik
dan pekerjanya bukan Islam.
Jelas beliau, tujuan pemilik
menggunakan jenama Melayu dan nama lebih Islamik kerana UNTUK
MENGELIRUKAN PEMBELI ISLAM KONONNYA MAKANAN ITU HALAL.
“Walhal pemiliknya bukan Islam,
tapi menggunakan nama orang Melayu untuk kelirukan orang Islam.
“Kita mengajak
orang Melayu, Islam selepas ini lebih berhati-hati membeli produk bukan Islam
yang menggunakan nama Melayu,” katanya. – MalaysiaGazette