KUALA LUMPUR: Penasihat DAP,
Lim Kit Siang menegaskan tiada asas untuk bimbang dengan PENGANJURAN
KONGRES ORGANISASI CINA anjuran Persekutuan Persatuan
Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akan MEMBAWA
KEKACAUAN jika ia bukan anti-Melayu
atau anti-Perlembagaan.
Ahli
Parlimen Iskandar Puteri itu berkata isu yang timbul adalah kerana ada
perbezaan pandangan sama ada pengenalan tiga muka surat pengajaran tulisan Jawi
di sekolah vernakular akan menjejaskan sekolah Cina dan Tamil.
“Kerana
semua pihak setuju untuk mengekalkan sekolah rendah Cina dan Tamil, adalah
penting untuk memastikan perbezaan pendapat dalam masyarakat kita diselesaikan
dengan aman serta baik dalam keadaan dan konteks perlembagaan dan kerajaan yang
sedia ada.
“Usaha
juga harus dibuat untuk mengelakkan sebarang polarisasi kaum dan agama di
Malaysia, yang mudah tercetus akibat berita palsu dan kebencian yang mengancam
kemakmuran masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam,
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mengingatkan penganjuran satu kongres
oleh DONG ZONG bagi MEMBANTAH PENGENALAN PEMBELAJARAN JAWI DI SEKOLAH
VERNAKULAR boleh mencetuskan kekacauan.
Berikutan
itu, Dr Mahathir bimbang tindakan Dong Zong itu akan menyebabkan
orang Melayu akan bertindak balas dengan cara sangat Melayu,
(termasuk) meminta sekolah-sekolah Cina ini ditutup.
Kongres
Organisasi Cina dijadual diadakan PADA 28 DISEMBER ini bagi membantah garis
panduan pengajaran tulisan Jawi terkini oleh Kementerian Pendidikan.
Kongres
itu untuk menggesa kerajaan membatalkan pengajaran tiga muka surat tulisan Jawi
di sekolah vernakular.
Bersambung: KLIK DISINI