Translate

31/05/2014

TINDAKAN YANG LEBIH TEGAS PERLU DIAMBIL KE ATAS WARGA AFRIKA


KERAJAAN PERLU MEMANDANG SERIOUS KEJADIAN JENAYAH YANG DILAKUKAN OLEH PENJENAYAH WARGA AFRIKA, YANG KIAN BERLARUTAN DARI TAHUN KE TAHUN. 

JENAYAH YANG DILAKUKAN OLEH WARGA INI KIAN MEMBIMBANGKAN DENGAN PENINGKATAN YANG KIAN KETARA.

APAKAH KETIDAK HADIRAN WARGA AFRIKA INI AKAN MENJEJASKAN EKONOMI PELANCUNGAN BAGI NEGARA KITA ????

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Polis menumpaskan satu sindiket 'Black Money' apabila menahan dua lelaki warga Afrika dan seorang wanita tempatan di dua lokasi sekitar Damansara pada 19 dan 20 Mei lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Law Hong Soon berkata kesemua suspek berusia lingkungan 42 hingga 48 tahun.


Beliau berkata seorang lelaki warga Afrika dan wanita tempatan terbabit ditahan di sebuah kondominium di Twins Damansara Heights pada 19 Mei setelah pihaknya menerima aduan pada hari sama daripada seorang guru lelaki, 45, yang mencurigai tawaran suspek dalam urusan mencuci mata wang USD.

"Guru terbabit mengenali mereka melalui orang tengah, yang merupakan suspek wanita yang ditahan, sebelum bertemu dua suspek lelaki itu di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail pada 14 Mei lepas," katanya dalam satu sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Jumaat.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Izany Abdul Ghany.

Susulan penahanan suspek lelaki dan wanita itu membawa polis ke sebuah rumah di Pusat Bandar Damansara pada keesokan harinya dan menahan seorang lagi suspek lelaki warga Afrika serta merampas 45 ikat kertas bersaiz wang RM50 serta 99 keping logam berwarna keemasan dengan tulisan 99.9 dalam bentuk ketulan.

Polis turut merampas sebungkus plastik hitam mengandungi ketulan kecil logam berwarna kuning keemasan, satu peti besi jenama 'Takawachi TK-31' berwarna hitam dan satu kotak berwarna perak mengandungi 18 ikat wang USD100 disyaki palsu, katanya.

Law berkata kedua-dua suspek warga Afrika disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Imigresen kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di Malaysia.

"Kes itu juga turut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu serta Seksyen 489(c) Kanun Keseksaan kerana memiliki wang palsu," katanya.

-- BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...