Kekalahan Dyana Sofya Daud, calon yang cuba digunakan DAP untuk menarik pengundi melayu, atas sebab parti itu tahu bahawa undi daripada kaum cina pada dua PRU lalu, bakal tidak akan diperolehi; ternyata benar. Selain undi cina tidak kembali kepada DAP, calonnya juga gagal mendapat sokongan daripada melayu, walaupun Pas bermati-matian membantu; sehingga sanggup mengorbankan rancangan parti itu membentangkan Hudud pada Persidangan Dewan Rakyat jun ini.
Walaupun kemenangan calon BN Datuk Mah Siew Keong hanya 238 undi apabila beliau mendapat 20,157 berbanding Dyana 19,919 undi; namun kemenangan cukup manis, memandangkan pada PRI-13 lalu, Mah kalah 7,313 undi.
Nampaknya, kemenangan BN pada kawasan campuran seperti Teluk Intan, memberikan indikasi baik kepada BN berdepan PRU-14 akan datang. Jika trend ini berlanjutan sehingga PRU-14; bukan sahaja BN akan terus memerintah, besar kemungkinan akan mendapat semula kuasa 2/3 di dewan rakyat.
Rakyat sudah mula sedar, bahawa fitnah dan putar belit pihak pembangkang yang menyebabkan ada pengundi terpengaruh tidak akan bertahan lama.