KUALA LUMPUR : Secara tiba-tiba foto
pelakon Tasha Shilla sedang memegang segelas minuman kesihatan menjadi ‘viral’
di laman sosial.
Selepas Astro Gempak telek dan baca komen-komen yang ditulis,
rata-rata peminat telah memberi komen mengenai saiz payudara aktres itu yang
kelihatan semakin bertambah saiznya.
Memang agak seksi foto Tasha bersama T-Shirt sendat berwarna
putih yang dipakainya itu sehingga jelas menampakkan bentuk badannya yang
terkini.
Jika sebelum ini kecoh tentang Tasha Shilla ke negara jiran
untuk membuat pembedahan plastik dan mengubah bentuk hidungnya, adakah kali ini
dia melakukan rawatan yang sama, tetapi di bahagian yang dikatakan aset wanita
itu?
