KUALA LUMPUR : Secara tiba-tiba foto
pelakon Tasha Shilla sedang memegang segelas minuman kesihatan menjadi ‘viral’
di laman sosial.
Selepas Astro Gempak telek dan baca komen-komen yang ditulis,
rata-rata peminat telah memberi komen mengenai saiz payudara aktres itu yang
kelihatan semakin bertambah saiznya.
Memang agak seksi foto Tasha bersama T-Shirt sendat berwarna
putih yang dipakainya itu sehingga jelas menampakkan bentuk badannya yang
terkini.
Jika sebelum ini kecoh tentang Tasha Shilla ke negara jiran
untuk membuat pembedahan plastik dan mengubah bentuk hidungnya, adakah kali ini
dia melakukan rawatan yang sama, tetapi di bahagian yang dikatakan aset wanita
itu?
Pelakon Tasha Shilla menafikan dia melakukan pembedahan bagi
mencantikkan hidung dan payudara.
Tasha, 26, berkata, dia bersyukur dengan anggota tubuh
semulajadi yang di kurniakan tuhan kepadanya.
"Saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik
keatas tubuh saya, sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan.
"Bagi yang rapat dan pernah pegang muka saya tahu ia
tidak berubah, jika nampak lain mungkin disebabkan teknik solekan
semata-mata," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.
Tasha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang
ruangan pojok sebuah akhbar mingguan yang melaporkan pelakon ini melakukan
pembedahan plastik terhadap hidung dan payudara di Bali, Indonesia.
Bagaimanapun, Tasha mengakui ada Melancong ke Bali bersama
rakan artis lain termasuk Sharifah Sakinah.
"Saya ke Bali bukan kerana buat pembedahan sebaliknya
pergi bercuti bersama rakan-rakan lain.
"Kalau benar saya ingin buat pembedahan plastik bukanlah
di situ tempatnya," ujarnya.
Tambahnya, dia hanya menganggap perkara tersebut hanya isu
kecil yang tidak perlu diperjelaskan.
Sumber:citizeninfonet