Translate

Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan

01/01/2015

PEJUANG FACEBOOK AKHIR ZAMAN ???








17/05/2014

TOOWEN LOONG SICINA BANGSAT NI PERLU DIAJAR ???

Lagi Kes Menghina Azan, Kj Minta Siasat!


SEGERA: KJ Tuntut Siasatan Hina Azan Dalam Facebook                
    Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin hari ini menuntut siasatan dilakukan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang mengejek azan umat Islam.Menteri Belia dan Sukan itu menulis dalam Twitter  dengan berkata, pelampau wujud di kalangan semua kaum, dan sekiranya tulisan kontroversi itu benar-benar wujud, siasatan perlulah dilakukan.
Status Facebook yang dipersoalkan itu mencampur adukkan azan dengan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan. “Kita perlu berdepan pelampau ini. Sepertimana yang kita lakukan ke atas ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia),” tulisnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang berkata kes ini patut disiasat dan tidak patut ada tolak ansur terhadap ucapan yang menyebarkan kebencian kaum dan agama.

13/05/2014

BUNUH DIRI KERANA FACEBOOK !!


Seorang remaja perempuan dipercayai menggantung diri sehingga mati selepas diarah ibunya menutup akaun Facebook (FB).
Aditi Gupta, 13, dilapor dimarahi ibunya Mohana Gupta, 36, kerana terlalu banyak menghabiskan masa melayan laman sesawang media sosial popular itu. 
Media semalam melaporkan, ibu Mohana memaksa Aditi menutup akuan berkenaan ketika dalam perjalanan pulang dari luar. 

“Pastikan akaun itu ditutup sebelum ibu tiba di rumah,” kata Mohana dalam panggilan telefon kepada anaknya sejurus sebelum kejadian.

Beberapa jam kemudian - selepas Mohana pulang - dia mendapati anaknya sudah tergantung tidak bernyawa.
Dia terus menelefon polis. Ketika disoal Mohana berkata dia tidak menyangka anaknya sanggup membunuh diri akibat perkara yang begitu remeh. - Agensi

16/04/2014

AWAS PENGGUNA FACEBOOK : Pautan laman sesawang berantai !!!



KUALA LUMPUR - Pengguna laman sosial Facebook di negara ini perlu berhati-hati dengan pautan laman sesawang berantai yang disyaki mengandungi pepijat 'Heartbleed', iaitu sejenis penggodam akaun pengguna.

Bermula awal minggu lalu, pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui asal-usulnya, membolehkan penggodam mencuri data peribadi pengguna Facebook bagi tujuan yang tidak baik.

Awal minggu ini, Reuters melaporkan kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada institusi perbankan dan perniagaan di negara itu agar memperketat kawalan keselamatan siber serta berwaspada dengan serangan penggodam yang ingin mencuri maklumat peribadi pelanggan melalui pepijat Heartbleed.

Presiden dan Pengasas Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz, berkata pepijat Heartbleed disasar kepada pengguna media sosial kerana laman seperti itu mempunyai kandungan data peribadi yang banyak.

"Negara kita merupakan antara pengguna media sosial seperti Facebook yang tertinggi di rantau ini, dan ia menjadi lubuk kepada penggodam untuk mengambil data peribadi malah sehingga ke tahap mereka boleh mengawal akaun media sosial yang dijangkiti pepijat tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Khaireel Azlee juga berkata sebaik sahaja pautan itu ditekan, penggodam boleh mengakses semua data peribadi pengguna termasuk kata laluan, gambar, video, e-mel sehingga ke tahap mengawal akaun sosial pengguna berkenaan.

"Oleh itu, saya menyarankan semua pengguna berhati-hati ketika melayari Facebook dan tidak menekan mana-mana pautan berantai, yang mahukan akaun anda diakses sekiranya ingin melihat video atau gambar yang disertakan di laman sesawang tersebut," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Kay Azlee melalui program ICT dan Anda terbitan Bernama Radio24, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari 7.45 malam hingga 8 malam.

13/04/2014

KENAPA PERKARA SEUMPAMA INI MASIH TERUS BERLAKU ???


KLANG, 12 April (Bernama) -- Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pergerakan Pemuda Umno hari ini membuat empat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan itu dibuat oleh Gerakan Belia 4B Kota Raja; Umno Cawangan Taman Desa Utama, Klang Jaya; Pemuda Umno Kota Raja; dan Persatuan Persatuan Penduduk Pangsapuri Klang Jaya.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Kota Raja Muhd Ali Zakariah berkata pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun facebook itu kerana menghina ketua negara.

"Sebagai rakyat Malaysia, kami mengutuk tindakan pemilik akaun itu yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Dia ibarat menghina sistem raja Melayu di negara ini.

"Kami gesa pihak berkuasa dapat siasat pemilik akaun Facebook itu dan dihukum dengan hukuman lebih berat sebagai amaran dan pengajaran pada orang lain," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Beliau berkata, akaun laman sosial itu didapati masih aktif dengan memuat naik pelbagai status mencerca keharmonian kaum di negara ini selain turut menghina Polis Diraja Malaysia, parti-parti politik dan sebagainya. -- BERNAMA

06/04/2014

Hukuman sekeras2nya perlu diambil sebagai pengajaran


KUALA LUMPUR 6 April - Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah berjaya ditahan polis rumahnya di Seri Iskandar, Perak pada pukul 12.10 malam tadi.

Syed Ahmad Saifullah Hashim, 24, ditahan selepas dia bertindak biadab memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam nahas pesawat baru-baru ini.

Status yang berbunyi “Dari Ia kita datang, dan dari Ia juga kita dikembalikan" itu turut disertakan dengan gambar palsu cebisan daging dan tulang yang disunting dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri itu,

Menurut jurucakap polis, suspek ditangkap di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Jenayah Siber) dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan fitnah dan khianat awam. - UTUSAN ONLINE

13/02/2014

PADAH MENJAJA KISAH RUMAH TANGGA DI FB

Kuala Lumpur: “Laman sosial facebook (FB) kini sudah jadi tempat sesiapa saja meluahkan perasaan dan lebih teruk jika pasangan suami isteri sedang berdepan masalah rumah tangga berhubung pula dengan orang yang tidak sepatutnya seperti kekasih lama di FB.
“Jadi tidak mustahil sekiranya hubungan lama terjalin semula atas dasar simpati disebabkan suami atau isteri gemar bercerita masalah rumah tangga kepada kekasih lama yang akhirnya membawa hubungan terlarang,”
Ada pelbagai faktor menyebabkan suami atau isteri berlaku curang di FB antaranya kerana tidak mendapat layanan daripada pasangan masing-masing.
Bagaimanapun, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk pasangan berlaku curang sebaliknya perlu mengetahui peranan mereka dalam rumah tangga dan cuba mengatasinya.



06/11/2013

Hina Allah, Nabi: MJMM buat laporan polis

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook (FB) yang didakwa menghina Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Pengerusinya, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, laporan itu dibuat terhadap pemilik akaun yang dikenali sebagai Adlin Abd. Jalil di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 10 pagi ini.

"Saya meminta pihak polis, pihak berkuasa sama ada Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melihat perkara ini dan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap individu itu.

"Kerajaan perlu ambil tindakan tegas terhadap individu itu kerana kenyataannya dalam laman sosial FB itu mengundang kemarahan seluruh umat Islam," katanya selepas membuat laporan itu bersama-sama 21 anggota MJMM.

Pemilik akaun itu memaparkan gambar babi panggang dengan tertera nama Allah dan Muhammad serta logo halal JAKIM pada 3 September lepas. - BERNAMA

02/06/2013

Hina Agong: 10 NGO buat laporan polis

KUALA LUMPUR 2 Jun - Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung tindakan sekumpulan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebook, kelmarin.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada pukul 11 pagi ini.

Antara NGO terbabit adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) dan Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM).

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa polis bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas menangkap individu terlibat yang secara jelas telah menghina Yang di-Pertuan Agong dan mempertikaikan kedudukan institusi diraja.

"Apa yang disiarkan di dalam blog mengenai perbualan beberapa individu mempersendakan ucapan Seri Paduka sempena Hari Keputeraan baginda, saya sifatkan sebagai amat biadab.

"Ini bukan lagi masa untuk menasihati atau memberi amaran tetapi tindakan tegas perlu diambil seperti menahan mereka yang berani mempersendakan raja kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

15/03/2013

POLIS KELANTAN KESAN TENAGA PENGAJAR HINA PASUKAN KESELAMATAN

Gambar hiasan
Kota Bharu, 14 Mac - Polis Kelantan kini giat mengesan seorang tenaga pengajar yang menghina dan mencaci pasukan keselamatan, terutama Polis Diraja Malaysia di laman sosial Facebook sejak 2 Feb lepas. 

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata hasil siasatan pihaknya telah mengenal pasti suspek, penjawat awam berusia 37 tahun berasal dari Pasir Puteh.

"Saya rasa sudah sampai masa pihak polis mengambil tindakan terhadap akaun Facebook ini mengikut Sekyen 41 (A) Akta Hasutan 1948.

03/09/2012

Ugutan bunuh Perdana Menteri di Facebook



KUALA LUMPUR 31 Ogos - Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun laman sosial Facebook yang didakwa mengeluarkan komen berunsur ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

RAZALI Zakaria menunjukkan cetakan daripada internet berhubung penghinaan dan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri ketika membuat laporan polis mengenai di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

Laporan itu dibuat oleh Gerakan Memartabat Pejuang Negara Malaysia (GPMN), Suara UMNO dan Martabat Jalinan Muhibah (MJM) pada pukul 3.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Presiden GPMN, Razali Zakaria berkata, pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'Aqyun Firdani' itu didakwa mengemas kini statusnya dalam laman sosial itu berunsur ugutan bunuh kepada Perdana Menteri.
"Kami mahu polis menyiasat pelaku ugutan ini yang berani mengeluarkan kenyataan begitu biadab dan seolah-olah mahu mengugut Perdana Menteri.

29/07/2012

TEMA HARI KEMERDEKAAN - "SERTAI PAS MASUK SYURGA" ???



BELUM MEMERINTAH SUDAH GILA


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membayangkan kemungkinan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat akan mengadakan hari kemerdekaan dengan tema yang berlainan, kata Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. 

Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS di ibunegara hari ini, Mahfuz berkata, tema tersebut masih belum diputuskan memandangkan pertandingan merekacipta tema dan logo hari kebangsaan akan diadakan. Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas mengenai tema hari kemerdekaan tahun ini ''Janji Ditepati'', yang dianggap berat sebelah. 

"Kita akan mengadakan satu tema lain dan juga akan mengadakan pertandingan untuk cipta tema dan logo. "Kita juga akan melantik panel bagi pertandingan ini. Ia akan dilancarkan dalam dua tiga hari lagi. Dan pertandingan ini akan melalui Facebook," kata Mahfuz. Jelas Mahfuz, tema yang perlu direka mestilah bersifat patriotik dan mengajak orang ramai agar cintakan negara dan bukan melambangkan mana-mana parti. 

12/06/2012

Minta kerajaan bertegas pengendali laman sosial, blog


KUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan Umno Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman meminta kerajaan bertindak tegas terhadap pengendali laman blog dan sosial seperti facebook serta twitter yang menyiarkan maklumat berunsur fitnah.

Image DetailMenurutnya, unsur terbabit akan mendatangkan suasana tidak sihat dalam masyarakat majmuk di negara ini selain membahayakan keselamatan sekiranya tidak terkawal.

Sehubungan itu, beliau melihat perlunya tindakan tegas diambil untuk memastikan mereka bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku selain memberi pengajaran kepada pihak lain.

“Tindakan tegas perlu diambil supaya menjadi teladan untuk menjamin keselamatan masyarakat kerana fitnah ini sangat bahaya dan lebih dahsyat daripada membunuh,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

23/03/2012

Pengikut DS Najib di Twitter dan Facebook lebih sejuta


Image Detail 
KUALA LUMPUR: Jumlah pengikut Datuk Seri Najib Razak di laman sosial Twitter dan Facebook masing-masing mencecah hampir 500,000 dan sejuta, malam kelmarin, demikian menurut laporan media setempat.


Perdana Menteri Malaysia itu, dalam pesanan Twitternya pada 10.30 malam kelmarin melahirkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan itu selain mengucapkan terima kasih kepada para pengikut beliau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...