Translate

23/03/2012

Pengikut DS Najib di Twitter dan Facebook lebih sejuta


Image Detail 
KUALA LUMPUR: Jumlah pengikut Datuk Seri Najib Razak di laman sosial Twitter dan Facebook masing-masing mencecah hampir 500,000 dan sejuta, malam kelmarin, demikian menurut laporan media setempat.


Perdana Menteri Malaysia itu, dalam pesanan Twitternya pada 10.30 malam kelmarin melahirkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan itu selain mengucapkan terima kasih kepada para pengikut beliau.

'Terharu lihat pengikut Twitter hampir 500,000. Facebook pula sudah dekat satu juta. Terima kasih kepada semua pengikut saya,' kata Datuk Seri Najib, yang ditukil dalam laporan agensi berita rasmi Bernama, semalam.

Beliau turut meminta pandangan rakyat Malaysia sebagai meraikan pengikutnya yang ke-500,000 dan sejuta itu. 'Mungkin anda semua ada cadangan sempena mencecah pengikut saya yang ke-500 ribu dan sejuta?,' kata perdana menteri itu.

Semasa berita itu ditulis Bernama pada kira-kira 11.35 malam kelmarin, pengikut Datuk Seri Najib di Twitter mencapai jumlah 498,527 orang, manakala rakan Facebook beliau pula seramai 977,282 orang.

Pengikut di Twitter beliau meningkat ke 498,627 kira-kira 10 minit selepas itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...