KUALA
TERENGGANU – Ketua Penerangan Umno Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman meminta
kerajaan bertindak tegas terhadap pengendali laman blog dan sosial seperti
facebook serta twitter yang menyiarkan maklumat berunsur fitnah.
Sehubungan
itu, beliau melihat perlunya tindakan tegas diambil untuk memastikan mereka
bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku selain memberi pengajaran kepada
pihak lain.
“Tindakan
tegas perlu diambil supaya menjadi teladan untuk menjamin keselamatan
masyarakat kerana fitnah ini sangat bahaya dan lebih dahsyat daripada
membunuh,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.