Translate

Memaparkan catatan dengan label Penggodam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penggodam. Papar semua catatan

16/04/2014

AWAS PENGGUNA FACEBOOK : Pautan laman sesawang berantai !!!



KUALA LUMPUR - Pengguna laman sosial Facebook di negara ini perlu berhati-hati dengan pautan laman sesawang berantai yang disyaki mengandungi pepijat 'Heartbleed', iaitu sejenis penggodam akaun pengguna.

Bermula awal minggu lalu, pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui asal-usulnya, membolehkan penggodam mencuri data peribadi pengguna Facebook bagi tujuan yang tidak baik.

Awal minggu ini, Reuters melaporkan kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada institusi perbankan dan perniagaan di negara itu agar memperketat kawalan keselamatan siber serta berwaspada dengan serangan penggodam yang ingin mencuri maklumat peribadi pelanggan melalui pepijat Heartbleed.

Presiden dan Pengasas Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz, berkata pepijat Heartbleed disasar kepada pengguna media sosial kerana laman seperti itu mempunyai kandungan data peribadi yang banyak.

"Negara kita merupakan antara pengguna media sosial seperti Facebook yang tertinggi di rantau ini, dan ia menjadi lubuk kepada penggodam untuk mengambil data peribadi malah sehingga ke tahap mereka boleh mengawal akaun media sosial yang dijangkiti pepijat tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Khaireel Azlee juga berkata sebaik sahaja pautan itu ditekan, penggodam boleh mengakses semua data peribadi pengguna termasuk kata laluan, gambar, video, e-mel sehingga ke tahap mengawal akaun sosial pengguna berkenaan.

"Oleh itu, saya menyarankan semua pengguna berhati-hati ketika melayari Facebook dan tidak menekan mana-mana pautan berantai, yang mahukan akaun anda diakses sekiranya ingin melihat video atau gambar yang disertakan di laman sesawang tersebut," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Kay Azlee melalui program ICT dan Anda terbitan Bernama Radio24, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari 7.45 malam hingga 8 malam.

29/09/2012

Ingat !! Jangan Kongsi 10 Perkara Ini Dalam Facebook!

Facebook
Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini.
Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial.
Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang.

06/11/2011

Malaysia perlu pakar ICT hadapi serangan penggodam


Malaysia perlu menyediakan lebih ramai pakar dalam bidang pengkomputeran dan teknologi maklumat untuk menangkis serangan penggodam terhadap sistem pengkomputeran negara.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, apa yang berlaku lebih dua bulan lalu di mana 119 laman web terutama milik kerajaan digodam tidak harus dipandang remeh dan perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan kejadian sama berulang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...