RAJAH GAMBAR di atas di ambil dari laman sesawang rasmi SPR. Perhatikan betul-betul. Dalam 32 parti politik di atas, hanya UMNO, PBB, BERJASA, KIMMA yang mewakili suara majoriti orang ISLAM di negara ini. Kesemuanya berada di dalam BARISAN NASIONAL. Walaupun KIMMA dan BERJASA bukan parti komponen tetapi mereka menyokong BARISAN NASIONAL. Kena ingatlah suara majoriti orang Islam yang diwakili oleh UMNO PBB KIMMA dan BERJASA nie jika dibandingkan dengan suara orang ISLAM di dalam PAKATAN BAHLOL yang ada cuma PAS sahaja, adakah logik untuk kita mengundi PAS dan PAKATAN BAHLOL?
Translate
10/08/2012
Kitab sesat dijaja Pemuda PAS Gombak
Seorang pembaca menghantar email mendedahkan mengenai spin terbaru PAS mengatakan Syeikh Daud Fatani ada sebut dalam kitab lamanya menolak UMNO.
Kitab orang alim pun nak dipolitikkan. Dahlah tu, tak masuk akal langsung. Cuba lihat artikel ini:
Sumber: theunspinners
NIK AZIZ DAN HADI MENGIDAP PENYAKIT SAWAN HUDUD???
KUALA LUMPUR - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh melahirkan rasa kesal dengan sikap Pas yang masih mahu melaksanakan hudud.
Beliau berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyebut hudud mungkin tidak menjadi sebahagian Buku Jingga pakatan pembangkang tetapi tidak bermakna Pas akan menggugurkan idea tersebut.
"Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular.
"Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Karpal Singh berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tahun lepas berkata bahawa al-Quran tidak memperuntuk sebuah negara Islam tetapi negara kebajikan.
"Kenyataan ini perlu menghentikan objektif jangka panjang Pas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya.
Label:
DAP,
DS Hadi,
Hukum Hudud,
Karpal Singh,
Nik Aziz,
PAS
09/08/2012
Jadi Alat Pas : Akhil Hayy Pecah Lubang
Dipetik dari mstar.com.my
Akhil Hayy Tidak Mahu Artis ‘Berhijrah’ Jadi Mangsa Orang Politik
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.
"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.
Perbezaan Artis Sokong Islam Dan Artis Sokong PAS
Pada satu majlis anjuran PAS baru-baru ini, Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008 itu hadir di KUIZM Taman Melewar, sebuah markaz PAS terbesar di ibu negara bagi memenuhi jemputan.
Farah Asyikin hadir sebagai salah seorang jemputan di wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad, Membangun Negara Berkebajikan.
Agak menarik apabila artis berusia 33 tahun itu berani untuk hadir ke pusat “pembaptisan PAS” itu dan hatinya tetap kukuh bersama Islam.
Menurut sumber, ketika diajukan soalan “sokong apa” di majlis berkenaan, Farah Asyikin tidak berganjak dari pendiriannya untuk menegaskan bahawa dia menyokong Islam.
Manusia Biadap lidah bercabang berkokok kembali !!!
KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghina Jalur Gemilang, sebaliknya berkata Umno yang berbuat demikian.
Ia berikutan tindakan Umno melalui Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meletakkan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema kemerdekaan tahun ini.
Dipetik Harakahdaily, Nizar berkata, pilihan tema berbaur kempen politik itu untuk diiring bersama Jalur Gemilang itu sendiri menunjukkan betapa bendera kebanggaan negara itu dihina.
08/08/2012
Haram, berdosa undi DAP
KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.
ADAKAH INI PEMIMPIN YANG DIAGUNG-AGUNGKAN OLEH PAS ???
Kit Siang Pernah Halau Melayu Dari Kg. Baru. Gambar diatas menunjukkan 'Barua dan Biadap' yang Keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan.
Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah.
Reaksi spontan Kit Siang terhadap kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen 19 Julai lalu harus difahami dalam konteks sejarah penubuhan DAP dan kaitan parti itu dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Bagi golongan muda yang tidak melalui peristiwa berdarah 43 tahun lalu mungkin tidak begitu mengerti mengapa tokoh veteran DAP itu amat marah terhadap dakwaan tersebut, tetapi generasi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri tragedi paling dahsyat dalam sejarah negara itu sudah tentu memahami sebab musabab reaksi cacing kepanasan beliau.
Najib akan diberi sambutan meriah di Kuala Nerus
Gambar hiasan |
KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan diberi sambutan meriah semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Terengganu di Kuala Nerus, Khamis ini, kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.
Beliau berkata, persiapan menyambut kedatangan Najib yang dijangkakan hadir menyampaikan bantuan jubah kepada imam dan bilal di padang bola, bersebelahan Masjid Kampung Padang Nanas di sini pada sebelah petang yang dijangka dihadiri sekitar 10,000 tetamu.
"Sebelum majlis berbuka puasa nanti, Perdana Menteri akan menyampaikan bantuan jubah kepada imam dan bilal di kawasan Parlimen itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa membuat tinjauan kerja-kerja persiapan majlis berkenaan di sini, hari ini.
Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu berkata, Najib juga akan menyampaikan sumbangan Ihsan Ramadan kepada anak yatim, orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal dan orang kurang berkemampuan di kawasan itu.
"Perdana Menteri dijadual menunaikan solat Isyak dan bertarawih di Masjid Wakaf Tembesu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Adun) Tepoh, Muhamad Ramli Nuh berkata, ketibaan Najib di masjid Kampung Padang Nanas akan disambut oleh 55 imam dan bilal yang berselawat sebagai simbolik sempena sambutan 55 tahun Hari Kemerdekaan.
Katanya, pada sambutan itu juga, 55 orang kampung akan menyambut Najib dengan menjunjung dulang yang berisi lauk pauk dan kuih bagi majlis berbuka puasa secara tradisional.
Beliau berkata, juadah yang disediakan untuk berbuka puasa itu merupakan juadah makanan tradisional Terengganu iaitu nasi berlaukkan gulai daging, ikan goreng, ulaman, sambal belacan dan pelbagai kuih tradisional.
Katanya, tugas menghidangkan nasi dan kuih muih itu diserahkan kepada Pergerakan Wanita Umno yang akan mengagih-agihkan masakan selain tempahan untuk dihidangkan kepada lebih 10,000 tetamu pada hari berkenaan.
"Kita akan sediakan kuih tradisonal istimewa seperti Taik Itik, Tok Haji Serban, Nekbat dan lain-lain sebagai kelainan juadah pada majlis berbuka puasa berkenaan," katanya.
MASALAH bekalan AIR Kelantan bukan kerja Pok Nik - EH? Dia buat kerja ke selama nih?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
TIDAK ramai yang tahu masalah BEKALan AIR di Kelantan ketika ini sangat-sangat KRITIKAL.. Bayangkan kalau BEKALan AIR ke rumah pun diCATU hinggakan dalam 24 JAM, anda hanya boleh menDAPATkan BEKALan air hanya untuk 4 atau 5 JAM sahaja? Itu bukanlah AIR yang keluar lancar sebaliknya boleh diKATAkan umpama AIR yang meleleh macam lembu KENCING.. Setakat ini apakah yang telah diLAKUkan oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM' untuk menyelesaikan MASALAH ini? Apakah peRANCANGan yang telah dilakukan oleh Pok Nik untuk meningkatkan KAPASITI BEKALan AIR sejak penSWASTAan BEKALan AIR di Kelantan pada dekad 90-an? Takkan nak KATA kat ARAB pun takde AIR?
Sebenarnya, tak ada seorang pun TAHU apa sebenarnya KERJA Pok Nik sebagai MB selain dok MAKAN GAJI BUTA! Sejak dia menJAWAT JAWATAN MB pada TAHUN 1990 lagi, apakah KERJA yang dia telah LAKUkan? Apakah MASALAH INFRASTRUKTUR dan PRASARANA di Kelantan yang pernah diSELESAIkannya?Cuba kita pakat TENGOK:-
1) MASALAH BANJIR DAN HAKISAN
Setiap kali berlaku BANJIR, Pok Niklah orang yang paling LIAT untuk meninjau keadaan.. ALASAN dia KONONnya tak boleh kena air HUJAN.. ->KLIK<-
Begitu jugak dengan MASALAH HAKISan PANTAI.. Ada ke patut hanya SURUH orang buat BENTENG pakai batang pokok NYOR? ->KLIK<-
2) MASALAH JALAN ROSAK DAN PEMBINAAN JAMBATAN
Jalan ROSAK di Kelantan hanya diTURAP bila Lebai-Lebai DUNGU PAS rasa PRU dah DEKAT.. Kalau TAK, jangan HARAPlah nak 'MAINTENANCE' terMASUKlah di kawasan Pok Nik sendiri.. ->KLIK<-
Begitu jugak dengan pemBINAan JAMBATAN Palekbang yang sampai HARI ini hanya jadik TUGU yang untuk Lebai-Lebai DUNGU PAS menyuarakan keTAKSUBan mereka kepada Pok Nik! ->KLIK<-
Sumber: thesense dan KLIK DISINI
MISI Anwar...!! Sabah Jadi Negeri Kristian
Sudah lebih seminggu PAS membisu terhadap cabaran yang dilontar oleh
bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung tuntutan Persekutuan
Kristian Malaysia (CFM) yang mahukan kebebasan menganut, mengamal, dan
menyebarkan agama tanpa sebarang batasan di negara ini.
Sebab musabab mengapa PAS tiba-tiba diserang sindrom bisu, satu Malaysia
sudah tahu.
Ini kerana pemimpin besar parti itu seperti Abdul Hadi Awang, Nik Aziz
Nik Mat dan Mat Sabu sudah menjual perjuangan agama Islam kepada sekutu
politiknya, DAP dan PKR demi kemaruknya untuk menawan Putrajaya.
Tanpa disedari CFM telah mendedahkan dengan sendirinya hasrat golongan
Kristian dan perancangan Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Rakyat.
Bapak syaitan menyalak kembali
Guan Eng Hina Umat Islam, Warga Emas, Ibu Tunggal Pulau Pinang…
Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menyindir golongan warga emas di negeri itu apabila menyatakan bahawa mereka yang dulunya memulangkan kembali wang RM100 yang diberikan, kini berbaris di barisan hadapan untuk menerima wang tersebut.
Dalam ucapan yang disampaikan oleh Guan Eng di Dewan Besar Sungai Dua kelmarin, dia menuduh kononnya UMNO adalah dalang yang memburuk-burukkan pemberian wang RM100 kepada warga emas dan penduduk miskin di Pulau Pinang sehingga ramai yang memulangkan duit tersebut.
07/08/2012
Bershit Di Al-Azhar Hanya Berharga RM50 Dimata Pakatan Haram?
Agak menarik untuk mengulas mengenai seorang pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar, Muhamad Hasyim Che Ngah, yang menyesal dengan penglibatannya dengan himpunan Bershit 2.0 yang dianjurkan di Mesir pada tahun lalu.
Himpunan yang diadakan di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, itu disertai oleh beberapa pelajar Malaysia di universiti tersebut dan termasuk 9 orang pelajar yang mendapat tajaan pinjaman dari Yayasan Terengganu.
Hasyim juga tidak terkecuali telah menyertai himpunan “Ambiga” itu sehingga menyebabkan perjanjian pinjaman pengajiannya di situ telah dibatalkan oleh pihak Yayasan atas sebab melanggar kontrak kerana terlibat dengan aktiviti tidak bertanggungjawab itu.
Mendengar tindakan yang diambil terhadap Hasyim, PAS yang kononnya “prihatin” cepat-cepat mengambil kesempatan menyelar, mengutuk, mencaci dan memburuk-burukan Kerajaan Negeri dan Yayasan Terengganu yang kononnya “zalim” terhadap para pelajar Malaysia di Al-Azhar…
Selepas puas mengutuk UMNO/BN, barulah PAS kemudiannya berjanji kepada pelajar-pelajar itu untuk menolong mereka mencari dana bagi membantu membiayai yuran dan kos sara hidup mereka sementara menghabiskan pengajian mereka di sana.
Menariknya, khabarnya PAS telah berjaya mengumpul sebanyak puluhan ribu ringgit dari ceramah-ceramah yang diadakan setiap hari di seluruh negara bagi membantu para pelajar tersebut.
Dan sememannya melucukan apabila ada pihak yang mendakwa bahawa Hasyim hanya menerima wang sebanyak RM50 sahaja dari puak-puak PAS..!!! RM50 sahaja? Biar betul..!
Adun Kota Alam Shah patut diajar ???
Adun Kota Alam Shah perkecil Chong Wei
SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang didakwa mempolitikkan kekalahan tipis Datuk Lee Chong Wei di tangan Lin Dan di Sukan Olimpik London 2012, semalam.
Walaupun kesemua kenyataan pemimpin pembangkang tersebut dibuat di Twitter masing-masing bersifat peribadi tetapi secara tidak langsung menunjukkan kekesalan dengan kenyataan dibuat wakil rakyat DAP itu.
Anwar menulis di Twitternya ketika menjawab pertanyaan seorang pengikutnya “ulasan tidak bijak; pertahan semangat sukan!”.
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad juga mengutuk kenyataan Manoharan yang dikatakan tidak wajar dikeluarkan.
Menurutnya, beliau percaya kenyataan seperti itu dibuat kerana terlalu taksub dengan politik, maka terbawa-bawa hingga ke sukan.
“Kenyataan seperti itu tidak wajar dan tidak sepatutnya dikeluarkan kerana pada saya itulah kalau terlalu taksub pasal politik.
06/08/2012
Gambar seks: PKR siasat Azmin?
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa bercadang melakukan siasatan dalaman terhadap Timbalan Presidennya, Azmin Ali berhubung penyebaran gambar aksi panas yang dikatakan mirip beliau pada April lalu.
Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim berkata, siasatan dalaman itu bagaimanapun tidak dipersetujui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun didesak keras Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin kanan parti lain.
Katanya, pertelingkahan itu menyebabkan berlakunya keretakan dalam PKR yang mana wujud dua kem iaitu kem menyokong siasatan terdiri daripada penyokong Dr. Wan Azizah dan kem yang menolak siasatan terdiri daripada penyokong Anwar dan Azmin.
"Saya difahamkan siasatan dalaman PKR ini tidak direstui Anwar. Beliau tidak mahu siasatan dijalankan walaupun diasak Presiden dan pemimpin kanan parti.
KESIAN NIK AZIZ DAN HUSAM PUNGGUT DERMA LEBUHRAYA SAMPAI KAT SHAH ALAM
Tidak cukup dengan mengutip derma dari seluruh pelusuk Kelantan, Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat dan EXCO Kerajaan Negeri, Husam Musa bermusafir hingga ke Shah Alam untuk mengutip derma. Majlis Pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat KBKK ini diadakan bersempena jemputan syarikat Karangkraf menjemput anak-anak Kelantan di Lembah Kelang untuk sama-sama berbuka puasa dan bertarawikh bersama Mursyidul Am PAS ini. Batu asas Lebuhraya Rakyat sudah ditegakkan. Kutip derma satu Malaysia sudah dijalankan. Cuma Rakyat Kelantan masih menantikan bila projek berkenaan akan bermula.
Manisan Kg. Batangan, Marang Dapat Sambutan Luar Biasa Di Bulan Ramadan
MARANG, 5 Ogos (Bernama) -- Gula melaka atau lebih dikenali sebagai manisan di
kalangan penduduk pantai timur merupakan antara bahan penting dalam penyediaan
kuih-muih tradisional seperti ondeh-ondeh, puteri mandi dan lompat
tikam.
Malah pengusaha manisan di Terengganu tidak menang tangan untuk
memenuhi permintaan yang meningkat pada bulan Ramadan ini daripada penjual
makanan dan kuih muih untuk manisan yang dikenali sebagai "nisang" di negeri
ini.
Bagi pengusaha manisan Manis Sokmo Enterprise, Mohd Khani Habsu, 47,
pada bulan puasa permintaan terhadap 'nisang' meningkat berlipat ganda daripada
100 keping sehari kepada 1,500 sehingga 2,000 keping sehari.
"Jika
sebelum ini, kita menggunakan 30 liter air nira kelapa dengan lima guni gula,
namun pada bulan Ramadan, kita memerlukan 100 liter air nira dengan lapan guni
gula untuk memenuhi permintaan," katanya kepada Bernama di sini.
05/08/2012
Bekas Teman Lelaki Terkejut Abby Abadi Sertai Politik.
Aktor yang juga merupakan bekas teman lelaki Abby Abadi Zul Ariffin atau
nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 26, akui terkejut apabila mendapat tahu
Pelakon wanita itu kini sudah berpolitik hingga melakukan ceramah di
sana-sini.
"Memang saya terkejut sangat bila mendapat tahu hal ini. Malah,
saya pun baru sahaja diberitahu tentang penglibatannya di dalam politik dan
bagaimana aktifnya dia menyuarakan pendapat serta pandangannya terutama di
laman sosial.
Penerbit siri animasi Upin & Ipin, Les’ Copaque Production ambil tindakan ke atas PAS ??
Tindakan PAS Guna Watak Upin & Ipin Dikesali
HAH ALAM – Penerbit siri animasi terkenal Upin & Ipin, Les’ Copaque Production kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menggunakan watak kanak-kanak itu untuk tujuan politik dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.
Penasihat Undang-undang Les’ Copaque Production, Mohd Rafiezi Mohd Tahir berkata, pihaknya kini sedang mengkaji tindakan undang-undang yang akan diambil jika pihak terbabit terus menggunakan watak Upin & Ipin untuk tujuan politik.
Emas Olimpik: Azmin Kecil Hati Hadiah Makan Aiskrim?
KERJASAMA stesen TV3 dan syarikat pengeluar aiskrim Baskin Robin untuk memberi rakyat Malaysia makan aiskrim percuma jika atlet negara yang sedang bersaing di Olimpik London sekarang berjaya memenangi pingat emas, khabarnya mengecewakan Azmin.
Sebaik diumumkan di TV3 sebentar tadi, kedengaran hilai ketawa sahut menyahut di banyak rumah di sekitar kediaman penulis. Tak tahu kenapa tapi mungkin kerana ingat aiskrim, ingat Azmin.
Penulis sendiri pun masih ketawa sehingga sekarang kerana mengenangkan dari banyak-banyak insentif yang boleh diberikan untuk meraikan pingat emas pertama negara, makan aiskrim juga yang dipilih.
Walaupun penulis yakin kerjasama antara 2 Syarikat tersebut tidak ada kena mengena dengan Azmin, tapi bual-bual mengenai perkara ini hampir mustahil dapat ditahan dari menjadi topik perbincangan hangat di kalangan rakyat.
04/08/2012
Pertuduhan Hasutan Terhadap Karpal Diteruskan
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Karpal Singh akan terus berdepan pertuduhan
mengikut Akta Hasutan selepas Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk meneruskan
pertuduhan itu terhadapnya.
Karpal didakwa mengeluarkan
perkataan-perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, tiga tahun
lalu.
Jagdeep Singh Deo yang mewakili Karpal Singh, memberitahu mahkamah
bahawa pihak pembelaan mengemukakan surat representasi kepada Pejabat Peguam
Negara bertarikh 26 Julai.
"Bagaimanapun, pihak pembelaan menerima surat
dari Pejabat Peguam Negara bertarikh 26 Julai mengarahkan kami untuk meneruskan
pertuduhan itu," beliau memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah,
yang mendengar prosiding itu.
Pada prosiding hari ini, mahkamah juga
mendengar hujah daripada Karpal Singh untuk mengetepikan pertuduhan
hasutannya.
Dalam permohonannya, antara lain, Karpal Singh mahu mensapina
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk
Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Anggota
Parlimen Pendang Datuk Osman Abdul, berhubung usahanya mengetepikan pertuduhan
itu.
SLOGAN PAKATAN KE ARAH MURTAD ??
Walaupun Pakatan Haram ada beberapa negeri yang diperintah di Malaysia, tapi mereka tamak, mereka mahu tambahkan kuasa lagi. Mereka ingin ke Putrajaya.
Tetapi itu adalah apa yang mereka mahukan...rakyat bagaimana? Adakah mereka fikir apa yang rakyat mahukan? Itu sebab mereka takut dengan slogan JANJI DITEPATI. Sebab mereka tak boleh tunai janji kepada rakyat di negeri-negeri yang mereka perintah...jadi mereka buatlah slogan kemerdekaan yang baru iaitu Sebangsa, Senegara, Sejiwa.
Ya Allah, Selamatkan Kami...
“Saya bukan cakap kosong, tapi ada bukti. Penduduk etnik Rakhine kini bermaharajalela menyerang dan membunuh orang Islam Rohingya di Arakan, tetapi malangnya perkara ini tidak diketahui masyarakat luar kerana pihak berkuasa bijak menyorokkan maklumat sebenar.
Langgan:
Catatan (Atom)