Sudah lebih seminggu PAS membisu terhadap cabaran yang dilontar oleh
bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung tuntutan Persekutuan
Kristian Malaysia (CFM) yang mahukan kebebasan menganut, mengamal, dan
menyebarkan agama tanpa sebarang batasan di negara ini.
Sebab musabab mengapa PAS tiba-tiba diserang sindrom bisu, satu Malaysia
sudah tahu.
Ini kerana pemimpin besar parti itu seperti Abdul Hadi Awang, Nik Aziz
Nik Mat dan Mat Sabu sudah menjual perjuangan agama Islam kepada sekutu
politiknya, DAP dan PKR demi kemaruknya untuk menawan Putrajaya.
Tanpa disedari CFM telah mendedahkan dengan sendirinya hasrat golongan
Kristian dan perancangan Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Rakyat.