Guan Eng Hina Umat Islam, Warga Emas, Ibu Tunggal Pulau Pinang…
Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menyindir golongan warga emas di negeri itu apabila menyatakan bahawa mereka yang dulunya memulangkan kembali wang RM100 yang diberikan, kini berbaris di barisan hadapan untuk menerima wang tersebut.
Dalam ucapan yang disampaikan oleh Guan Eng di Dewan Besar Sungai Dua kelmarin, dia menuduh kononnya UMNO adalah dalang yang memburuk-burukkan pemberian wang RM100 kepada warga emas dan penduduk miskin di Pulau Pinang sehingga ramai yang memulangkan duit tersebut.