Translate

Memaparkan catatan dengan label Hakim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hakim. Papar semua catatan

04/08/2012

Pertuduhan Hasutan Terhadap Karpal Diteruskan



KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Karpal Singh akan terus berdepan pertuduhan mengikut Akta Hasutan selepas Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk meneruskan pertuduhan itu terhadapnya.

Karpal didakwa mengeluarkan perkataan-perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, tiga tahun lalu.

Jagdeep Singh Deo yang mewakili Karpal Singh, memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan mengemukakan surat representasi kepada Pejabat Peguam Negara bertarikh 26 Julai.

"Bagaimanapun, pihak pembelaan menerima surat dari Pejabat Peguam Negara bertarikh 26 Julai mengarahkan kami untuk meneruskan pertuduhan itu," beliau memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah, yang mendengar prosiding itu.

Pada prosiding hari ini, mahkamah juga mendengar hujah daripada Karpal Singh untuk mengetepikan pertuduhan hasutannya.

Dalam permohonannya, antara lain, Karpal Singh mahu mensapina bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Anggota Parlimen Pendang Datuk Osman Abdul, berhubung usahanya mengetepikan pertuduhan itu.

14/07/2012

KISAH BENAR !!! KES LIWAT II !!! RANCANGAN 'RUSUHAN 901' AKAN BERULANG KEMBALI ??? WAJIB BACA !!!

Pada 9hb Januari lepas, iaitu hari di mana keputusan kes liwat Anwar Ibrahim bakal diumumkan, Anwar telah bersedia untuk masuk penjara sementara orang-orangnya pula bersedia untuk merusuh untuk membebaskannya. Bagi memberi impak yang lebih bermakna,hari tersebut diberi nama ‘901’ iaitu simbol pembebasan seorang ‘wira’. Malah, sebuah bom juga telah diletupkan sebagai ‘memeriahkan’ lagi rusuhan yang dirancang. Rancangan Anwar ialah agar seluruh dunia menyaksikan pemenjaraannya dan seterusnya rusuhan besar-besaran sehingga akhirnya kuasa asing masuk campur lalu membebaskan dan menobatkannya sebagai hero sekali gus pemerintah Malaysia yang baru.

Namun,rancangan tersebut gagal kerana Anwar telah dibebaskan atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu kerana sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis.

Bagaimanapun, kelmarin pihak pendakwaan telah memfailkan petisyen rayuan yang bertujuan memohon Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat. Petisyen tersebut ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badarudin dengan menyenaraikan sembilan alasan berupa kekhilafan Hakim iaitu Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dari segi undang-undang dan fakta dalam membuat keputusan tersebut. Petisyen tersebut juga memohon agar Anwar disabitkan dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan berdasarkan alasan-alasan berikut:

1. Hakim Mohamad Zabidin di akhir kes pendakwaan telah memutuskan bahawa tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat DSP Blacious Judy Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperolehi dari sel lokap itu untuk mengusik sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful. Hakim juga telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa pegawai penyiasat dapat memperolehi sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh Anwar yang diambil dari lokap itu.

Artikel selanjutnya sila KLIK DISINI DAN BACA HINGGA SELESAI

12/07/2012

HAKIM BERSEKONGKOL MEMBAWA PADAH ???

Hakim Zabidin didakwa terkhilaf

PIHAK pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan di Putrajaya supaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat Mohd. Saiful.


KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan agar mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Pihak pendakwaan juga memohon supaya Ketua Pembangkang itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu.
Katanya, ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mendengar perbicaraan kes liwat itu terkhilaf dalam memutuskan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel DNA yang diperoleh daripada Mohd. Saiful.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...