Translate

Memaparkan catatan dengan label Mahkamah Tinggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mahkamah Tinggi. Papar semua catatan

27/04/2013

Penyedap Anwar Ibrahim di GANTUNG ???

RELAX LA.. BUKAN GANTUNG SAMPAI MATI, TAPI....
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes semakan kehakiman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, pada Jumaat mengingatkan pelajar itu supaya menghormati pemimpin walaupun pegangan politik berbeza.
Hakim Datuk Zaleha Yusuf berkata demikian dalam penghakimannya selepas menolak permohonan Adam Adli untuk mencabar keputusan UPSI yang menggantungnya kerana melanggar peraturan universiti.
Beliau tidak menetapkan sebarang kos setelah mengambil kira pemohon (Adam Adli) adalah seorang pelajar.

04/08/2012

Pertuduhan Hasutan Terhadap Karpal Diteruskan



KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Karpal Singh akan terus berdepan pertuduhan mengikut Akta Hasutan selepas Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk meneruskan pertuduhan itu terhadapnya.

Karpal didakwa mengeluarkan perkataan-perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, tiga tahun lalu.

Jagdeep Singh Deo yang mewakili Karpal Singh, memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan mengemukakan surat representasi kepada Pejabat Peguam Negara bertarikh 26 Julai.

"Bagaimanapun, pihak pembelaan menerima surat dari Pejabat Peguam Negara bertarikh 26 Julai mengarahkan kami untuk meneruskan pertuduhan itu," beliau memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah, yang mendengar prosiding itu.

Pada prosiding hari ini, mahkamah juga mendengar hujah daripada Karpal Singh untuk mengetepikan pertuduhan hasutannya.

Dalam permohonannya, antara lain, Karpal Singh mahu mensapina bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Anggota Parlimen Pendang Datuk Osman Abdul, berhubung usahanya mengetepikan pertuduhan itu.

12/07/2012

HAKIM BERSEKONGKOL MEMBAWA PADAH ???

Hakim Zabidin didakwa terkhilaf

PIHAK pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan di Putrajaya supaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat Mohd. Saiful.


KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan agar mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Pihak pendakwaan juga memohon supaya Ketua Pembangkang itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu.
Katanya, ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mendengar perbicaraan kes liwat itu terkhilaf dalam memutuskan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel DNA yang diperoleh daripada Mohd. Saiful.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...