Translate

Memaparkan catatan dengan label Datuk Lee Chong Wei. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Lee Chong Wei. Papar semua catatan

22/08/2016

PENGIKUT DAP BUSUKAN NAMA MALAYSIA DI LUAR NEGARA ?

Seluruh rakyat Malaysia menaruh harapan agar Lee Chong Wei membawa pulang pingat emas Olimpik pertama negara kita, kecuali pengikut DAP.

Di bawah adalah contoh komentar oleh pengikut DAP tentang Chong Wei pada sukan Olimpik sebelum ini di London (screenshot disertakan):

> “Lee Chong Wei, thanks for giving badminton a bad name. What’s the use of becoming an excellent sportsman when you are ultimately just another greedy, ambitious jerk who sucks up to your powerful patrons inPutrajaya?”

> Chong Wei‘s opponents. … Yes someone called him BN-Ah Beng while he should be called Umno running dog — tui tui.”

07/08/2012

Adun Kota Alam Shah patut diajar ???



Adun Kota Alam Shah perkecil Chong Wei

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang didakwa mempolitikkan kekalahan tipis  Datuk Lee Chong Wei di tangan Lin Dan di Sukan Olimpik London 2012, semalam.

Walaupun kesemua kenyataan pemimpin pembangkang tersebut dibuat di Twitter masing-masing bersifat peribadi tetapi secara tidak langsung menunjukkan kekesalan dengan kenyataan dibuat wakil rakyat DAP itu.

Anwar menulis di Twitternya  ketika menjawab pertanyaan seorang pengikutnya “ulasan tidak bijak; pertahan semangat sukan!”.

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad juga mengutuk kenyataan Manoharan yang dikatakan tidak wajar dikeluarkan.

Menurutnya, beliau percaya kenyataan seperti itu dibuat kerana terlalu taksub dengan politik, maka terbawa-bawa hingga ke sukan.

“Kenyataan seperti itu tidak wajar dan tidak sepatutnya dikeluarkan kerana pada saya itulah kalau terlalu taksub pasal politik.

11/07/2012

Jongkong emas menanti pemain emas Olimpik


KUALA LUMPUR – Jongkong emas untuk pemenang pingat emas.
Itulah ganjaran yang bakal diterima pemain badminton Malaysia yang menyumbangkan pingat emas kepada negara pada Sukan Olimpik London akan datang.
Memperkenalkan insentif itu pada sidang media di sini hari ini, Presiden Kuala Lumpur Rackets Club (KLRC), Datuk Seri Andrew Kam berkata, beliau akan menyerahkan jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta itu kepada pemenang pingat emas.
"Jika terdapat lebih daripada dua pemenang pingat emas, jongkong emas itu akan dibahagikan sama rata,” katanya bahawa insentif jongkong emas itu hanya diberikan kepada pemain badminton kerana beliau meminati sukan berkenaan.
Melontarkan cabaran kepada pemain badminton negara meraih pingat emas pertama Malaysia di Olimpik, beliau berkata, tumpuan rakyat Malaysia ialah terhadap pemain badminton kerana peminat meminati sukan berkenaan.
"Saya boleh menghasilkan emas, saya percaya mereka juga boleh menghasilkan emas (pingat),” kata Kam yang memiliki lombong emas di Raub, Pahang. – BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...