Translate

Memaparkan catatan dengan label YIT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YIT. Papar semua catatan

07/08/2012

Bershit Di Al-Azhar Hanya Berharga RM50 Dimata Pakatan Haram?


HASHIM NGAH

Agak menarik untuk mengulas mengenai seorang pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar, Muhamad Hasyim Che Ngah, yang menyesal dengan penglibatannya dengan himpunan Bershit 2.0 yang dianjurkan di Mesir pada tahun lalu.

Himpunan yang diadakan di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, itu disertai oleh beberapa pelajar Malaysia di universiti tersebut dan termasuk 9 orang pelajar yang mendapat tajaan pinjaman dari Yayasan Terengganu.

Hasyim juga tidak terkecuali telah menyertai himpunan “Ambiga” itu sehingga menyebabkan perjanjian pinjaman pengajiannya di situ telah dibatalkan oleh pihak Yayasan atas sebab melanggar kontrak kerana terlibat dengan aktiviti tidak bertanggungjawab itu.

Mendengar tindakan yang diambil terhadap Hasyim, PAS yang kononnya “prihatin” cepat-cepat mengambil kesempatan menyelar, mengutuk, mencaci dan memburuk-burukan Kerajaan Negeri dan Yayasan Terengganu yang kononnya “zalim” terhadap para pelajar Malaysia di Al-Azhar…

Selepas puas mengutuk UMNO/BN, barulah PAS kemudiannya berjanji kepada pelajar-pelajar itu untuk menolong mereka mencari dana bagi membantu membiayai yuran dan kos sara hidup mereka sementara menghabiskan pengajian mereka di sana.

Menariknya, khabarnya PAS telah berjaya mengumpul sebanyak puluhan ribu ringgit dari ceramah-ceramah yang diadakan setiap hari di seluruh negara bagi membantu para pelajar tersebut.

Dan sememannya melucukan apabila ada pihak yang mendakwa bahawa Hasyim hanya menerima wang sebanyak RM50 sahaja dari puak-puak PAS..!!! RM50 sahaja? Biar betul..!

04/11/2011

MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA YAYASAN ISLAM TERENGGANU 2011


Kuala Terengganu 03/11/2011 - Majlis Konvokesyen Dan Persembahan Bakat Kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu tahun 2011, Cawangan Permint Jaya, Padang Hiliran dan Marang berlangsung di Dewan Besar Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu.  Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Che Mat bin Jusoh, Pegawai Pembangunan DUN Batu Burok.

23/10/2011

POGRAM PINTAR - KHATAM ALQURAN 2011


TERENGGANU boleh berbangga apabila satu lagi teknologi baru, al-Quran Digital telah diperkenalkan Yayasan Islam Terengganu (YIT) bagi memudahkan pembacaan al-Quran di kalangan masyarakat.

Naskah itu merupakan buku elektronik yang dilengkapi 30 juzuk al-Quran di samping menggunakan teknologi skrin sesentuh selain berupaya mengeluarkan suara bagi memudahkan pengguna mendengar setiap bacaan dialunkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...