Translate

Memaparkan catatan dengan label Lebuhraya Rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lebuhraya Rakyat. Papar semua catatan

06/08/2012

KESIAN NIK AZIZ DAN HUSAM PUNGGUT DERMA LEBUHRAYA SAMPAI KAT SHAH ALAM

Tidak cukup dengan mengutip derma dari seluruh pelusuk Kelantan, Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat dan EXCO Kerajaan Negeri, Husam Musa bermusafir hingga ke Shah Alam untuk mengutip derma. Majlis Pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat KBKK ini diadakan bersempena jemputan syarikat Karangkraf menjemput anak-anak Kelantan di Lembah Kelang untuk sama-sama berbuka puasa dan bertarawikh bersama Mursyidul Am PAS ini. Batu asas Lebuhraya Rakyat sudah ditegakkan. Kutip derma satu Malaysia sudah dijalankan. Cuma Rakyat Kelantan masih menantikan bila projek berkenaan akan bermula. 

01/06/2012

Wow Hebat - Rakyat Kelantan Diseru Menderma Untuk 15 Projek Mega Lagi


Yang kaya terus kaya dan yang miskin terus papa kedana tiada sebarang pembelaan demi memperkasakan FATWA NIK AZIZ - Bila menderma jangan ditanya kemana perginya wang yang diderma ???

Isu air pun tidak dapat diselesaikan, bagaimana nak selesaikan isu lebuhraya  ???? Bertaubatlah Nik Aziz jangan memperbodohkan rakyat Kelantan.

Tidak ada yang istimewanya Majlis Pecah Tanah Lebuhraya Rakyat Kota Bharu Kuala Krai. Rata-rata rakyat Kelantan sudah kalih dengan pengumuman projek mega seperti itu. Projek mega itu hanya sebagai ‘bukti mimpi’ Pas kepada rakyat bahawasanya mereka juga mampu untuk membawa pembangunan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...