Translate

Memaparkan catatan dengan label Fatwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fatwa. Papar semua catatan

14/06/2012

KENYATAAN DAN FATWA YANG PERNAH DIUNGKAPKAN NIK AZIZ - PART II



6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963. 

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999. 

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994. 

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992. 

Bersambung lagi.... di Part III

13/06/2012

KENYATAAN DAN FATWA YANG PERNAH DIUNGKAPKAN NIK AZIZ - PART 1



1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001. 

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999. 

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka. 

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999

BERSAMBUNG.....

01/06/2012

Wow Hebat - Rakyat Kelantan Diseru Menderma Untuk 15 Projek Mega Lagi


Yang kaya terus kaya dan yang miskin terus papa kedana tiada sebarang pembelaan demi memperkasakan FATWA NIK AZIZ - Bila menderma jangan ditanya kemana perginya wang yang diderma ???

Isu air pun tidak dapat diselesaikan, bagaimana nak selesaikan isu lebuhraya  ???? Bertaubatlah Nik Aziz jangan memperbodohkan rakyat Kelantan.

Tidak ada yang istimewanya Majlis Pecah Tanah Lebuhraya Rakyat Kota Bharu Kuala Krai. Rata-rata rakyat Kelantan sudah kalih dengan pengumuman projek mega seperti itu. Projek mega itu hanya sebagai ‘bukti mimpi’ Pas kepada rakyat bahawasanya mereka juga mampu untuk membawa pembangunan.

23/02/2012

FATWA DUNIAWI BARU DS HADI AWANG !!!

Image Detail

KUALA LUMPUR 21 Feb. — Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...