Translate

31/03/2016

GAMBAR PENGKHIANAT WAJIB DIBUANG ATAU DIKELUARKAN DARIPADA BANGUNAN UMNO

CITA-CITA LIM KIT SIANG BERJAYA MENGHANCURKAN MELAYU ??

KUALA LUMPUR – Seorang peguam mendesak Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor agar menurunkan semua gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang berada di dalam bangunan Umno.

Beliau yang memuat naik status desakan di laman Facebooknya itu menyifatkan Tun Mahathir sebagai pemimpin yang mengkhianati perjuangan parti Umno kerana telah bersekongkol dengan DAP.

30/03/2016

CONFIRM DAPig LIM AMBIL ALIH TEMPAT KHIR TOYO DI ISTANA SG BULUH

SHAH ALAM – Suasana gembira menyambut kepulangan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo di kediamannya di sini petang tadi.

Khir Toyo yang tiba di kediaman beliau pada jam 7.15 petang disambut ahli keluarga dan sahabat yang menunggu sejak jam 5.30 petang tadi.

Sejurus tiba, doa selamat dibacakan dan disusuli dengan solat Maghrib berjemaah di perkarangan rumah beliau.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diberikan parol hari ini selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang selama 6 bulan.

29/03/2016

KEBERANIAN SURI RUMAH MENGEJAR PERAGUT TANPA MENGHIRAUKAN KESELAMATAN DIRI DAN ANAK

MARANG - Tindakan seorang mangsa ragut mengekori suspek sehingga suspek pulang ke rumah, membolehkan beg sandang berisi wang tunai berjumlah lebih RM800 dan sebentuk cincin serta dokumen penting yang diragut diperoleh semula.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang, pada Jumaat itu, mangsa seorang wanita berusia 43 tahun sedang menunggang motosikal bersama anak bongsunya berusia lapan tahun apabila beg sandang miliknya itu diragut seorang lelaki bermotosikal.

“Ketika itu, saya baharu tiba di persimpangan rumah di Jalan Tanah Lot, dan kemudiannya secara tiba-tiba datang sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki meragut beg yang diletakkan dalam raga motosikal tetapi talinya disilangkan pada bahu saya.

28/03/2016

‘Allah Turunkan 2 Ekor Anjing Ini Untuk Jaga Kami’

KUALA LUMPUR – Tidak tahan dengan pertanyaan yang bertali arus daripada rakan-rakannya, seorang pendaki akhirnya mengambil keputusan untuk berkongsi kisah dua ekor anjing yang menjadi teman dan pengawal sepanjang ekspedisi mereka ke Gunung Nuang di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

Menurut pendaki yang dikenal sebagai Firdaus Hisham, anjing liar yang diberi nama Johnny dan Tonny itu ditemui ketika kumpulan mereka hendak memulakan pendakian ke gunung tersebut.

“Pada mulanya kami agak takut mereka menggigit kami atau menjilat kaki kami, sebab nanti kena samak bagai. Tapi anjing tersebut tetap mengekori walaupun kami berpecah kepada dua kumpulan Johnny akan berada di depan dan Tonny di belakang.

27/03/2016

Nyonya Teresa Memperbodoh2kan Rakyat Malaysia ???

Rumah Guan Eng Murah Sebab ‘Feng Shui’ – Teresa Kok

SHAH ALAM – Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim mendakwa harga pembelian banglo Ketua Menteri, Lim Guan Eng murah disebabkan ‘feng shui’ yang teruk.

Teresa ketika berucap di Majlis Gerakan Selamatkan  Malaysia sebentar tadi berkata atas sebab itu pemilik asal banglo tersebut memutuskan untuk menjualkannya kepada Guan Eng.

26/03/2016

Khairuddin ‘Hero Mahathir’ Yang Huru-Harakan Keluarga Anwar

KUALA LUMPUR – Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard menyifatkan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan sebagai ‘Hero Mahathir’ yang menghuru harakan keluarga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga seorang penipu.

Dalam kenyataan Chegubard menerusi Facebooknya berkata, pengakuan Khairuddin yang mendakwa diminta oleh Anwar bagi memulihkan hubungannya dengan Tun Mahathir merupakan satu penipuan.

Malah, Khairuddin juga didakwa adalah orang yang bertanggungjawab memenjarakan Anwar sebelum ini.

“Mamat khairuddin ni tiba – tiba mengaku sepupu Anwar Ibrahim, bawa cerita tipu yang konon Anwar minta dia terlibat pulih hubungan keluarga Anwar dengan Mahathir.

25/03/2016

Anggota Polis Samakan Najib, Zahid Dengan Binatang

 Facebook: Ahmad Zabidin telah menambah 6 foto baru — bersamaPertahan Negara Kita 

Hebat anggota Polis tua sorang ni. PM & TPM hari-hari dia kutuk, dia cacimaki & bantai kt facebook dia. Siap gelar Najib & Zahid sbg 2 ekor 'BERUK'. Ketua Polis Negara dia sindir.

Polis tua dah bercucu ni bila komen kt fb siap mencarut & melucah.

Dia nk popular sgt. Tkpe kita bg dia popular. Duit gaji kerajaan bayar utk berkhidmat sbg anggota Polis yg baik & berintergriti, bukan jd macai mcm ni !!

*Dgrnya dia dari IPD Kulai, Johor.

24/03/2016

MAHATHIR KENA TERIMA HAKIKAT SEBENAR SEMASA PEMERINTAHAN BELIAU

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini memuatkan catatan terbaharu dalam Facebook baginda yang menyentuh mengenai krisis Perlembagaan pada tahun 1992. Walaupun tidak menyebut nama siapa yang dimaksudkan namun ia dipercayai merujuk kepada pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Berikut adalah kenyataan penuh baginda:

Saya tidak akan lupa krisis Perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan. Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaik pulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di istana-istana Johor.

20/03/2016

Mahathir juga Melayu yang mudah lupa, Bak kata rumah kata pergi kubor kata mari ?

Mahathir Tiada Locus Standi Campuri Urusan Umno
"Saya kira beliau (Dr Mahathir) tak ada locus standi untuk membuat apa-apa cadangan kepada ahli cawangan kerana beliau tak menjadi ahli Umno dan tidak menjadi ahli Umno adalah pilihan beliau sendiri. 
"Saya kira elok jika beliau tidak mencampuri urusan parti yang beliau sudah tidak anggotai,"

Tun Dr Mahathir Mohamad memang amat arif soal budaya berfikir dan falsafah orang Melayu. Sebab itu beliau berani merumuskan bahawa Melayu memang mudah lupa.

17/03/2016

Sultan Johor: Cermin dahulu muka sendiri sebelum nasihat kepada orang lain

Gambar hiasan
Penceramah luar yang ingin berceramah di Johor perlu mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terlebih dahulu sebelum mengadakan ceramah agama di negeri berkenaan.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah walaupun penceramah tersebut bagus kerana pandai berhujah dan sering berceramah di televisyen, namun apabila dia tidak diberi tauliah, pasti ada yang tidak kena dengan pengajarannya.

“Cermin dahulu muka sendiri sebelum nasihat kepada orang lain. Kita akan mengawal mana-mana orang daripada mengajar agama Islam tanpa tauliah kerana ajaran sesat dan ceramah berbaur politik yang menjadi medan untuk mengata, memfitnah dan mencaci orang lain akan hanya mengelirukan masyarakat Islam dan meruntuhkan perpaduan rakyat,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Johor Ke-60 di Dataran Tanjung Emas malam tadi.

15/03/2016

Mat Said Perlu Ingat Siapa Diri Anda Sebenarnya ???

BANGI: Lupakan politik dendam kesumat, itu nasihat yang ditujukan kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said apabila cuba mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap penggantinya, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman baru-baru ini.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Salawati Mat Basir berkata, tindakan Ahmad yang juga ADUN Kijal itu membayangkan beliau tidak dapat menerima pelucutan jawatannya dan masih berdendam walaupun sudah lapan belas bulan berlalu.

Ahmad dilucutkan jawatan sebagai menteri besar Terengganu pada 12 Mei 2014.

13/03/2016

DAP U-TURN DAN MENUDUH MAHATHIR PULAK

KUALA LUMPURDAP mendakwa idea untuk menumbangkan kerajaan melalui pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mewujudkan `deklarasi rakyat’ pada 4 Mac lalu bukan datang daripada parti itu.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebaliknya menuduh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sekutu-sekutunya yang mengemukakan idea berkenaan.
“Saya boleh mengesahkan bahawa inisiatif `deklarasi rakyat’ datang daripada Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kit Siang bagaimanapun mendakwa, persoalan sama ada Mahathir menggunakan pembangkang dan pemimpin masyarakat demi kepentingannya tidak timbul.

12/03/2016

Buang Masa Layan Kerenah Tun M > Fokus Agenda Rakyat Turun Harga Barang

KUALA LUMPUR: Veteran Umno Malaysia menyeru kepimpinan Umno di semua peringkat supaya fokus dan istiqamah kepada penyelesaian masalah rakyat berbanding melayan kerenah Tun Dr Mahathir Mohamed dan pembangkang.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata Umno tidak boleh terperangkap dengan strategi mereka yang mahu melekakan parti dengan provokasi dan serangan sehingga terlupa agenda 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'

"PRU14 (Pilihanraya Umum ke 14) hanya tinggal 21 bulan lagi. Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu melangsaikan hutang lama yang dijanjikan kepada rakyat semasa PRU13.

11/03/2016

Pelantikan Tun Mahathir Penasihat Petronas Ditamatkan PROTON Bila lagi ?

KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini bersetuju secara sebulat suara untuk menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas. 

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan bekas Perdana Menteri itu, khususnya dalam melancarkan 'Deklarasi Rakyat' bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.  

"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.  

"Kabinet berpendapat oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mendukung Kerajaan yang sedia ada, sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia," menurut kenyataan itu.

09/03/2016

Shafie Afdal Buat U-Turn Mahathir Kena Main Lagi

Penulis sekarang memerhati dengan dekat Naib Presiden UMNO, Shafie Afdal. Nampak macam ada yang tidak kena dengan dia ini sebab berbanding Muhyidddin Yassin, Shafie nampak macam cuba menjauhkan diri dari kumpulan Mahathir sekalipun bila ditanya wartawan, dia terang-terang memberikan sokongan.

Tapi itu hanya kata-kata, yang penting sekarang perbuatan, lidah tak bertulang kata orang.

Contoh macam Deklarasi Rakyat, nama Shafie antara yang paling atas, tapi rupanya dia pun tak sign lagi. Wan Azizah pun tak hadir majlis yang diadakan di UM itu tapi dia dah sign, Shafie pulak belum sign.

08/03/2016

PAS: Strategi 'Deklarasi Rakyat' Sudah Tidak Boleh Dipakai

PETALING JAYA: Pemuda PAS meragui langkah Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai kepimpinan pembangkang dalam misi 'Selamatkan Malaysia' menerusi memorandum 'Deklarasi Rakyat' bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Naib Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, bekas perdana menteri itu perlu menyatakan dengan jelas sama ada beliau sanggup untuk menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada parti lain sekiranya Najib digulingkan.

"Soalnya, apa selepas deklarasi rakyat? Adakah Dr Mahathir sanggup bersama pembangkang untuk menukar kerajaan kepada parti selain Umno-BN?

06/03/2016

Pandangan Tentang Politik Dan Isu Semasa Terkini > Wan

Keputusan Dr M keluar parti UMNO sebenarnya memberi kesan dan gambaran NEGATIF kepada parti Keramat UMNO. UMNO hari ini adalah UMNO Baru yang ditubuhkan semula oleh beliau semasa krisis kepimpinan pada tahun 80an. Ini jelas membuktikan di dalam barisan kepimpinan UMNO hari ini hanya yang tinggal barisan Najib dan Zahid. Bagi set kepimpinan Tun M hari ni ramai yang disingkirkan di atas tidak sehaluan pendapat dengan Presiden UMNO hari ini.

Walaubagaimana pun , tindakan keluar daripada UMNO adalah tidak sepatutnya !! Memang ada sejarah yang telah membuktikan bahawa Tun M keluar parti Pak Lah tumbang.. Teori dan strategi itu tidak sepatutnya diulangi kerana ketika itu Pak Lah adalah seorang pemimpin bukan dikalangan yang tegas dan hanya menurut pandangan orang lain. Pak Lah akur dengan desakan ketika itu lalu memberi laluan kepada Najib (ketika itu pilihan Tun M) untuk mentadbir kerajaan.

05/03/2016

TAHAP NYANYOK MAHATHIR DAH SAMPAI KE PENGHUJUNG ?

APA TERUK SANGAT KE MALAYSIA NI MAHATHIR NI ????

KUALA LUMPUR 4 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil langkah yang agak janggal apabila beliau sanggup duduk semeja dengan musuh-musuh politiknya semata-mata untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Situasi itu dapat dilihat dalam sidang akhbar ‘Selamatkan Malaysia’ di sini hari ini yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Moha­med Azmin Ali; Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali.

04/03/2016

Video Ngeri Kemalangan Air Terjun! Kepala Air Muncul Dengan Tiba-Tiba!


Detik-detik mencemaskan apabila dua orang kanak-kanak bersama seorang wanita terperangkap dan berpaut pada batu ketika kepala air muncul dengan tiba-tiba.

Kejadian berlaku di kawasan peranginan Air Terjun di Kemboja.

03/03/2016

Pendebat Terbaik Asia, Pemimpin Pelajar/Aktivis Menyuarakan Hasrat DS Najib Melepaskan Jawatan

PETALING JAYA: Sekumpulan belia melibatkan pemimpin pelajar dan aktivis daripada pelbagai latar belakang politik dengan lantang menyuarakan hasrat supaya Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Gesaan itu disampaikan melalui kenyataan media yang ditandatangani oleh 25 generasi muda negara yang diketuai Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Rabu.

Menurut Syed Saddiq, sebahagian daripada anggota kumpulan itu yang dahulunya adalah penyokong tegar Najib kini mula mengubah haluan selepas pemimpin berkenaan terpalit dengan pelbagai krisis, termasuk skandal 1Malaysia Development Berhada (1MDB).

02/03/2016

TS Muhyiddin ikut jejak langkah Mahathir ?

Entah kenapa disebalik semua perkembangan yang berlaku dalam UMNO sekarang, terbaru dengan pengisytiharan keluar UMNO oleh Mahathir, Muhyiddin masih memerlukan masa untuk menjelaskan kedudukkanya dalam UMNO.

Apakah yang susah sangat nak buat keputusan kekal dalam parti dan keluar dari parti? Atau baru dapat ilham baru dari Vietnam, apa yang ada disitu? Apa Muhyiddin harap orang terkejut ke kalau dia keluar UMNO?

Kalau itu, boleh mimpilah, siapa yang peduli pun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...