SHAH ALAM – Suasana gembira menyambut
kepulangan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo di kediamannya di
sini petang tadi.
Khir Toyo yang tiba di kediaman beliau
pada jam 7.15 petang disambut ahli keluarga dan sahabat yang menunggu sejak jam
5.30 petang tadi.
Sejurus tiba, doa selamat dibacakan dan
disusuli dengan solat Maghrib berjemaah di perkarangan rumah beliau.
Bekas Menteri Besar Selangor, Dr
Mohamad Khir Toyo diberikan parol hari ini selepas menjalani hukuman di Penjara
Kajang selama 6 bulan.
