APA TERUK SANGAT KE MALAYSIA NI MAHATHIR NI ????
KUALA LUMPUR 4
Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil langkah yang
agak janggal apabila beliau sanggup duduk semeja dengan musuh-musuh politiknya
semata-mata untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Situasi itu
dapat dilihat dalam sidang akhbar ‘Selamatkan Malaysia’ di sini hari ini yang
turut dihadiri pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Penasihat DAP, Lim Kit
Siang; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden PAN,
Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali.
Sementara itu,
tokoh-tokoh UMNO yang hadir seperti bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
kelihatan agak kurang selesa duduk bersebelahan pemimpin-pemimpin pembangkang
yang pernah ‘menyerang’ mereka.
Tidak dapat
dipastikan sama ada konsensus yang janggal itu akan berkekalan memandangkan
mereka tidak mencapai kesepakatan dalam beberapa isu.
Presiden
Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam), Datuk S. Ambiga dalam sidang akhbar
tersebut menggesa pembebasan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada
hukuman penjara sebagai dijadikan salah satu agenda gerakan tersebut.
Walau
bagaimanapun, Dr. Mahathir enggan mengulas tentang agenda pembebasan Anwar
dengan memberi alasan gerakan berkenaan lebih mengutamakan usaha menjatuhkan
Najib.
Berhubung
kemungkinan pemimpin DAP dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya gerakan itu
berjaya mencapai matlamatnya, beliau berkata, rakyat berhak mengundi mana-mana
parti politik pada pilihan raya umum yang bebas.
“Kalau rakyat
hendak pilih DAP, itu masalah merekalah. Itu hak mereka, takkan kita kata DAP
tak boleh bertanding,” jelasnya.
Sumber: Bersambung KLIK DISINI