Translate

06/03/2016

Pandangan Tentang Politik Dan Isu Semasa Terkini > Wan

Keputusan Dr M keluar parti UMNO sebenarnya memberi kesan dan gambaran NEGATIF kepada parti Keramat UMNO. UMNO hari ini adalah UMNO Baru yang ditubuhkan semula oleh beliau semasa krisis kepimpinan pada tahun 80an. Ini jelas membuktikan di dalam barisan kepimpinan UMNO hari ini hanya yang tinggal barisan Najib dan Zahid. Bagi set kepimpinan Tun M hari ni ramai yang disingkirkan di atas tidak sehaluan pendapat dengan Presiden UMNO hari ini.

Walaubagaimana pun , tindakan keluar daripada UMNO adalah tidak sepatutnya !! Memang ada sejarah yang telah membuktikan bahawa Tun M keluar parti Pak Lah tumbang.. Teori dan strategi itu tidak sepatutnya diulangi kerana ketika itu Pak Lah adalah seorang pemimpin bukan dikalangan yang tegas dan hanya menurut pandangan orang lain. Pak Lah akur dengan desakan ketika itu lalu memberi laluan kepada Najib (ketika itu pilihan Tun M) untuk mentadbir kerajaan.


Tapi adakah dengan strategi dan tindakan keluar UMNO boleh mengekalkan UMNO sebagai pemerintah di masa akan datang? bagi saya ia akan memberi kesukaran kepada parti UMNO untuk terus memerintah pada PRU akan datang kerana dalaman UMNO bergolak ketika amat teruk. Kecuali pendekatan "Kerajaan Perpaduan UMNO PAS" akan menyelamatkan parti UMNO untuk terus memerintah negara seterusnya mengekalkan Hak Agama Islam serta mengekalkan Hak bumiputera yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita semasa melawan MALAYA UNION.

Secara peribadi saya tidak menyokong tindakan Tun M yang keluar parti bagi menunjukkan rasa protes terhadap Najib sebagai Perdana Menteri hari ini. Beliau menentang calon pilihannya sendiri. Bagi saya ini agak menjengkelkan dan sepatutnya tidak perlu berlaku. Ini memberi persepsi yang amat negatif kepada dirinya yang merupakan seorang tokoh pemimpin hebat di mata dunia.

Saya berasa amat hairan juga dengan tindakan Najib yang tergesa gesa mengambil tindakan ke atas orang orang yang menentangnya dari dalam sedangkan ia adalah hakikat di mana di bawah pentadbirannya mempunyai ramai pegawai dan pemimpin yang sememangnya menjadi LIABILITI kepada parti UMNO. Mengapa tidak membersihkan orang yang menjadi LIABILITI terhadap parti terlebih dahulu bagi melicinkan pentadbiran di bawah beliau. Sebenarnya Tun M dan Najib ada keunikan yang tersendiri tetapi dari segi pengaruh saya lihat Tun M lebih menguasai hati rakyat marhaen. Najib di kecam hanya disebabkan orang keliling dan isteri beliau yg menjadi bahan jenaka oleh masyarakat pemikiran pembangkang dan segelintir ahli parti sendiri.

Jika Tun M adalah pemimpin yang telah menyelamatkan warga islam di Bosnia Najib juga adalah antara penyelamat warga islam di Palestin. Keduanya sama hebat. Ketika Najib ke GAZA Palestin saya salah seorang pegawai bertugas di kaherah. Saya nampak kebaikan yang Najib serta isteri lakukan ketika ke GAZA juga ketika Tun M dan Isteri ke Kaherah pun saya ada juga di Kediaman Dato Duta Malaysia di kaherah ( mohandesin )
Apa pun sejak isteri saya telah melahirkan anak ni.. Saya kembali menjadi RASIONAL terhadap perkara yang berlaku hari ini. Cuma nak bagitahu, Najib di kelilingi oleh orang yang menjahanamkan dirinya sahaja. Apa pun inilah adalah pandangan peribadi saya sahaja... Saya sayangkan UMNO.. Saya bercakap dengan apa yg saya lalui dan nampak sahaja.. Tapi jangan gelarkan saya ke dalam mana mana pro lagi. sebab mak saya pesan.. Ikutlah kepimpinan yang ada hari ini.. Keluarga saya menyokong Najib... saya sayangkan mereka berdua. Berdamailah hendaknya.

Nukilan Wan Motor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...