Penulis sekarang memerhati dengan dekat
Naib Presiden UMNO, Shafie Afdal. Nampak macam ada yang tidak kena dengan dia
ini sebab berbanding Muhyidddin Yassin, Shafie nampak macam cuba menjauhkan
diri dari kumpulan Mahathir sekalipun bila ditanya wartawan, dia terang-terang
memberikan sokongan.
Tapi itu hanya kata-kata, yang penting
sekarang perbuatan, lidah tak bertulang kata orang.
Contoh macam Deklarasi Rakyat, nama
Shafie antara yang paling atas, tapi rupanya dia pun tak sign lagi. Wan Azizah
pun tak hadir majlis yang diadakan di UM itu tapi dia dah sign, Shafie pulak
belum sign.
Apa sebenarnya yang berlaku, siapa nak
kena main agaknya ni?
Muhyiddin semalam terpaksa berjalan
dengan ahli parlimen pembangkang ketika sesi parlimen baru dibuka sebab tidak
ada MP BN yang nak berjalan dengannya - termasuk Shafie. Shafie lagi.
Apa pun, ini perkembangan yang menarik.
Memang ada ura-ura mengatakan Shafie nak berpatah balik menyokong Datuk Seri
Najib Tun Razak tapi bukan mengejut mengejut macam itu saja, takut bateri yang
menggerakkan jantung Mahathir, berhenti berfungsi pulak.
Sumber: Balqis Sheikh