KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini bersetuju secara sebulat
suara untuk menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat
Petronas.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Kabinet hari ini telah
membincangkan tindakan bekas Perdana Menteri itu, khususnya dalam melancarkan
'Deklarasi Rakyat' bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.
"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan
yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.
"Kabinet
berpendapat oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mendukung Kerajaan
yang sedia ada, sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada
kaitan dengan Kerajaan Malaysia," menurut kenyataan itu.