Translate

Memaparkan catatan dengan label Kes Ragut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes Ragut. Papar semua catatan

29/03/2016

KEBERANIAN SURI RUMAH MENGEJAR PERAGUT TANPA MENGHIRAUKAN KESELAMATAN DIRI DAN ANAK

MARANG - Tindakan seorang mangsa ragut mengekori suspek sehingga suspek pulang ke rumah, membolehkan beg sandang berisi wang tunai berjumlah lebih RM800 dan sebentuk cincin serta dokumen penting yang diragut diperoleh semula.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang, pada Jumaat itu, mangsa seorang wanita berusia 43 tahun sedang menunggang motosikal bersama anak bongsunya berusia lapan tahun apabila beg sandang miliknya itu diragut seorang lelaki bermotosikal.

“Ketika itu, saya baharu tiba di persimpangan rumah di Jalan Tanah Lot, dan kemudiannya secara tiba-tiba datang sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki meragut beg yang diletakkan dalam raga motosikal tetapi talinya disilangkan pada bahu saya.

26/07/2015

Polis Wanita Cantik Berjaya Tewaskan Peragut

BANDUNG – Dua polis wanita menerima pujian orang ramai selepas berjaya menangkap seorang lelaki yang meragut beg tangan seorang wanita di sini semalam.
Kejadian itu berlaku ketika dua anggota polis berkenaan, Ayu dan Dety meronda di satu kawasan perniagaan popular di bandar ini.
Ketua polis daerah Cimahi, Dedy Kusuma Bakti berkata, ketika meronda dua anggota polis itu ternampak seorang lelaki meragut beg tangan seorang wanita.
Katanya, Ayu dan Dety mengejar suspek sebelum menangkapnya.

19/03/2014

APA DAH JADI LA ??? KITA SIBUK DG MH370 INI LAIN CERITANYA !!

Gambar hiasan

Anggota Polis Ditahan Kerana Meragut

BUKIT MERTAJAM: Seorang L/Kpl polis ditahan bagi membantu siasatan kes ragut melibatkan seorang jurutera dan adik lelakinya berhampiran Plaza Tol Juru, di sini, Isnin.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian 5.20 pagi itu, wanita dan adiknya yang menaiki sebuah motosikal dihampiri seorang lelaki yang juga menaiki motosikal dan mengarahkan mereka berhenti.
"Wanita berusia 26 tahun itu yang menunggang motosikal memberhentikan motosikal di tepi jalan, sebelum lelaki berkenaan memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa berwarna biru serta meminta kad pengenalan mangsa.
"Dalam masa yang sama lelaki itu mengarahkan pasangan adik beradik berkenaan ke pos polis berhampiran bagaimanapun mereka enggan dan secara tiba-tiba suspek bertindak menendang motosikal mangsa menyebabkan mereka jatuh," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Beliau berkata lelaki terbabit mengacukan sebilah pisau ke arah dua beradik berkenaan dan merampas beg galas, dompet serta dua telefon bimbit mereka.
Jurucakap itu berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan membuat laporan polis dan pihak berkuasa mengesan kedudukan lelaki berkenaan berdasarkan telefon bimbit yang disamunnya.
"Polis menyerbu sebuah rumah di Kulim dan menahan lelaki itu bersama pelbagai barangan milik mangsa serta telefon bimbit yang telah dijual kepada rakan serumahnya dengan harga RM500," katanya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Ab Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan beliau berkata lelaki ditahan itu seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
Beliau berkata anggota polis berusia 30-an dan merupakan duda itu kini direman bagi membantu siasatan.
Sumber:mstaronline

03/08/2011

BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH PERLU LEBIH PRIHATIN MELIBATKAN KES-KES RAGUT !!!



Mangsa Ragut Sedih Adik Masih Koma Harap Peragut Dapat Ditangkap

KUALA TERENGGANU, 2 Ogos (Bernama) -- "Jika boleh saya ingin berjumpa dengan peragut dan biar dia menerima hukuman yang setimpal atau lebih teruk daripada keadaan yang menimpa adik," demikian luahan mangsa ragut Maleha Malik yang cedera parah dalam kejadian ragut di Jalan Kamaruddin, di sini Ahad lepas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...