CITA-CITA LIM KIT SIANG BERJAYA MENGHANCURKAN MELAYU ??
KUALA LUMPUR – Seorang peguam mendesak
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor agar menurunkan
semua gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang berada di dalam
bangunan Umno.
Beliau yang memuat naik
status desakan di laman Facebooknya itu menyifatkan Tun Mahathir sebagai
pemimpin yang mengkhianati perjuangan parti Umno kerana telah bersekongkol
dengan DAP.
“Kita desak Setiausaha Agung Umno agar
semua gambar Mahathir dibuang dari PWTC.
“Kita tak mahu gambar manusia yang
bersekongkol dengan DAP, Lim Kit Siang berada dalam bangunan parti
Melayu,”katanya.
Terdahulu, Tun Mahathir telah
menandatangani Deklarasi Rakyat bersama pimpinan pembangkang termasuk Lim Kit
Siang.
Beliau turut menghadiri Kongres Rakyat
2016 dan majlis Bebaskan Anwar, Undur Najib dua hari lalu, bagi kempen
menggulingkan Perdana Menteri.